Thursday 18 February 2016

Peta Malaysia


Adakah pilihan raya di Malaysia adil dan bebas?

Adakah pilihan raya di Malaysia adil dan bebas?
Bagi menjawab persoalan ini, pengertian pilihan raya yang adil dan bebas perlu diberi perhatian dan menilai sama ada ia sepadan dengan pilihan raya di Malaysia atau sebaliknya. Secara umum, adil bererti pemberian hak yang sewajarnya manakala bebas bererti tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luaran yang boleh menyebabkan bias. Oleh itu, pilihan raya yang adil dan bebas merujuk kepada peluang dan hak yang diberikan secara saksama yang mana parti atau calon yang bertanding mempunyai peluang yang sama untuk memenangi pilihan raya tersebut. Ia juga mencakupi elemen kebebasan yang mana membolehkan parti atau calon bertanding dapat menggunakan peluang dan hak yang disediakan ini tanpa dipengaruhi unsur-unsur lain yang boleh menjejaskan peluang mereka untuk menang.

Merujuk kepada kes Malaysia, saya berpendapat pilihan raya adalah tidak adil dan tidak bebas. Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai keadilan dan kebebasan pilihan raya di Malaysia adalah sedikit rumit disebabkan amalan demokrasi yang masih boleh dilihat. Sebagai contoh, semua pihak diberikan peluang untuk memperoleh dana bagi membiayai kempen mereka. Oleh itu, keberkesanan kempen tersebut bergantung kepada jumlah dana yang dimiliki. Dalam hal ini, semua parti atau calon tidak disekat dalam usaha mengumpul dana tersebut. Walau bagaimanapun, jumlah dana yang dimiliki Barisan Nasional dilihat jauh berbeza dengan parti-parti politik lain. Sudah tidak menjadi rahsia bahawa BN mempunyai ahli-ahli atau penyokong yang membantu kempen-kempen pilihan ramai dengan memberi dana jutaan ringgit. Ahli-ahli atau penyokong ini pula dapat menyumbang dana kerana diberikan projek-projek kerajaan. Terbaru, skandal RM2.6 bilion membuktikan BN memperoleh bantuan yang sangat besar daripada pihak luar. Sebagai perbandingan, DAP mengumpul dana daripada majlis-majlis atau ceramah-ceramah yang diadakan bertujuan untuk mengutip derma atau “dana.” Mereka terpaksa melakukan perkara seperti ini sepanjang tahun bagi mengumpul dana bukan sahaja untuk mengurus parti, membantu peruntukan kepada kawasan-kawasan yang telah dimenangi dalam pilihan raya lepas, dan mendanai kempen pilihan raya mendatang. Jumlah RM2.6 bilion tersebut tidak mungkin dapat ditandingi oleh parti-parti politik lain menjadikan pertarungan tidak seimbang dan berpusat kepada siapa yang mempunyai dana yang lebih dan bukannya manifesto pilihan raya.

Dalam aspek kempen mempromosi idea dan janji pilihan raya, ketidakadilan berlaku apabila BN dapat menggunakan media arus perdana seperti stesyen televisyen dan surat khabar. TV1 dan TV2 merupakan stesyen utama yang dapat digunakan oleh BN memandangkan kedua-duanya merupakan milik penuh kerajaan. Selain itu, stesyen televisyen berbayar yang dimiliki Media Prima juga dilihat condong memihak BN disebabkan kumpulan Media Prima dimiliki oleh UMNO. Stesyen satelit seperti ASTRO pula tidak juga boleh dikatakan memberi layanan yang adil kepada semua parti atau calon bertanding disebabkan ASTRO masih berada di bawah pengawasan agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Oleh itu, ASTRO mengambil tindakan yang berhati-hati dalam menyiarkan bahan-bahan yang kritikal terhadap kerajaan ataupun  bahan-bahan yang positif tentang pembangkang. Selain stesyen televisyen, surat khabar turut dikuasai kerajaan atau BN. Kumpulan Media Prima turut memiliki New Straits Times Press yang menerbitkan beberapa surat khabar popular seperti New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. Terdapat juga insiden yang mana BN menggunakan peralatan kerajaan seperti kenderaan RTM dalam kempen pilihan raya. Hal ini menunjukkan BN mempunyai kelebihan dengan memiliki elemen kawal atur (undang-undang),  aset, dan media arus perdana yang membolehkan menjalankan kempen dengan lebih baik berbanding parti-parti atau calon-calon lain.

Perbincangan mengenai dana dan media di atas memfokuskan pada parti-parti yang bertanding. Keadilan dan kebebasan pilihan raya juga boleh dilihat berpandukan proses pilihan raya itu sendiri. Hal ini menjurus kepada peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan abnormaliti atau keralatan yang berlaku dalam pilihan raya. Salah satu kuasa atau bidang SPR adalah pensepadanan semula kawasan pilihan raya. Hal ini begitu penting dalam membincangkan keadilan pilihan raya disebabkan BN telah memenangi 140 kerusi parlimen atau 63% daripada 222 kerusi Dewan Rakyat tetapi memperoleh kurang 50% undi popular. Pakatan Rakyat pula memperoleh lebih 50% undi popular namun bukan sahaja gagal untuk membentuk kerajaan tetapi juga hanya mendapat 82 kerusi atau 37%. Hal ini menunjukkan agihan kerusi dan kawasan pilihan raya yang bermasalah. Dalam kebanyakan kes, parti yang memenangi begitu banyak kerusi juga memperoleh undi popular yang banyak seterusnya dapat membentuk kerajaan. Meskipun sukar untuk mendakwa SPR berlaku tidak adil dalam hal ini disebabkan faktor demografik dan geografi Malaysia yang tidak sekata, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki agar pilihan raya di Malaysia adil untuk semua dan merupakan refleksi kehendak pengundi. Sebagai contoh, kemenangan parti-parti pembangkang di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Shah Alam, Kuching, dan Kuantan yang memiliki populasi yang besar dan kawasan industri dan perniagaan yang utama, dilihat tidak secocok dengan keputusan keseluruhannya. Pengundi-pengundi di kawasan ini tidak dapat memilih kerajaan yang menguasai kerajaan pusat. Oleh itu, kerajaan yang ada dilihat sebagai kerajaan yang diundi oleh kawasan-kawasan lebih mundur atau pedalaman. Adalah lebih baik jika pensepadan kawasan pilihan raya dapat memberi peluang seimbang kepada kawasan bandar dan luar bandar supaya kerajaan yang dipilih adalah refleksi seluruh rakyat.

Abnormaliti atau ralat pilihan raya sering sahaja menjadi isu yang dibangkitkan tiap kali pilihan raya. Hal ini boleh merujuk kepada pengundi hantu atau sebarang kes yang dilihat cuba menyekat atau melemahkan suatu pihak. Hal-hal ini telah dibangkitkan oleh gabungan organisasi bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH yang menuntut usaha pembaikan terhadap proses pilihan raya. Isu pengundi hantu merupakan antara isu yang popular memandangkan  SPR, BN dan kerajaan didakwa bersubahat bagi menambahkan undi kepada mereka. Skandar “IC Sabah” merupakan contoh terbaik dalam mengupas isu ini apabila kerajaan didakwa telah memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin yang secara automatik menjadikan mereka sebagai pengundi. Selain itu, banyak juga dakwaan atau laporan mengenai daftar pengundi yang “duplicate”, bertindih atau diletakkan di kawasan pengudian yang tidak sesuai. Dalam kes Anwar Ibrahim pula, dia dijatuhkan hukuman penjara sejurus sebelum pilihan raya kecil DUN Kajang yang mana Anwar dijangka akan bertanding. Dalam kes majlis eksekutif pusat (CEC) DAP, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM atau ROS) hanya memberi reaksi isu pegantungan DAP dua hari sebelum hari pencalonan. Kesemua masalah ini sudah pasti memberi kesan kepada parti-parti ini dalam persiapan mereka untuk menghadapi pilihan raya selain menjejaskan keyakinan bukan sahaja parti bertanding tetapi juga pengundi terhadap integriti SPR dan agensi-agensi kerajaan lain.

Seterusnya, penguasaan kerajaan BN terhadap elemen kawal atur iaitu undang-undang turut menjejaskan keadilan dan kebebasan pilihan raya . Selain isu berkaitan SPR dan ROS di atas, isu rasuah turut menjadi kebiasaan. Rasuah dalam pilihan raya merujuk kepada imbuhan atau janji yang meningkatkan peluang BN disebabkan mereka mempunyai dana yang besar dan merupakan kerajaan semasa. Sebagai contoh, BN memberi janji pembangunan kepada kawasan yang memilih mereka. Hal ini menyebabkan pembangunan berdasarkan sokongan dalam pilihan raya dan bukannya keperluan kawasan dan rakyat. Sebagai rakyat pula, janji pembangunan ini merupakan suatu yang serius disebabkan janji-janji tersebut mampu dan akan dilakukan kerajaan. Bagi kawasan yang tidak memilih kerajaan BN, kawasan ini akan dipinggirkan seperti kurangkan pembangunan dan tiada peruntukan khusus yang diberikan kepada kawasan tersebut. Sebagai contoh, setiap kawasan parlimen dan DUN yang dimenangi BN akan diberikan peruntukan khusus sama ada daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri ataupun parti itu sendiri. Hal yang sama juga berlaku apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Selangor apabila kerajaan negeri bertindak memberi layanan atau peruntukan yang tidak sekata kepada kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat dan BN (pembangkang). Hal ini bagi membuktikan imbuhan, peruntukan atau janji memainkan peranan yang besar dalam pemilihan wakil-wakil rakyat. Disebabkan BN mempunyai peluang yang lebih besar untuk memenangi pilihan raya, “rasuah’ tersebut adalah lebih dipercayai dan wajar dipertimbangkan pengundi. Selain itu, rasuah juga merujuk kepada pemberian wang ringgit atau bantuan secara terus kepada rakyat bagi meraih undi. Hal ini sepatutnya tidak berlaku dalam proses pilihan raya yang adil dan bebas. Dalam sistem demokrasi, sebuah pilihan raya yang adil dan bebas wajar mengambil berat isu-isu ini bagi memberi peluang yang adil kepada semua pihak yang bertanding disamping terhindar daripada sebarang salah laku atau usnur-unsur jenayah.


Sebagai kesimpulan, demokrasi di Malaysia bersifat separa yang mana wujudnya masalah dalam pilihan raya sehingga mencetuskan dilema keyakinan terhadap institusi tersebut. Akibat dilemma ini, pengundi merasakan undi mereka tidak membawa kesan yang sepatutnya yang seterusnya menambahkan perasaan ketidakpuashatian dan ketidakyakinan terhadap proses ini. Akhirnya, institusi demokrasi akan musnah apabila keyakinan rakyat hilang. Dalam hal pilihan raya di Malaysia, saya berhujah ianya masih tidak adil dan bebas disebabkan kelebihan-kelebihan yang diperoleh BN sebagai kerajaan dan kesukaran-kesukaran parti-parti lain sebagai pembangkang. Pilihan raya sepatutnya memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang diyakini rakyat untuk memerintah. Kerajaan tidak boleh menggunakan kapasiti mereka sebagai pihak berkuasa untuk mendapat kelebihan dalam proses pemilihan ini.     

Sunday 14 February 2016

Hak

Matlamat DAP untuk menubuhkan satu masyarakat yang demokratik sosialis di Malaysia. Apakah itu demokratik dan sosialis?
DAP pejuangkan "Malaysian Malaysia" iaitu negara Malaysia untuk semua. Tiada keistimewaan untuk sesiapa. Bererti orang Melayu perlu dilayan sepertimana kaum-kaum lain seadilnya. Kalau Melayu dilayan seperti kaum lain, adakah keadilan tercapai kerana Melayu masyarakat pribumi Malaysia. Kaum lain pula datang dan terus tinggal tanpa mendapat restu tuan tanah. Mereka dipelawa datang dan diberi kerakyatan kerana British. Dalam masa British menjajah Tanah Melayu, siapakah tuan tanah itu? Melayu atau British. Yang pasti Melayu adalah pribumi, status tuan tanah pula mungkin boleh dipertikaikan lagi. Ambil contoh kes di Palestine yang mana ramai penduduk asalnya telah melarikan diri sejak kemerdekaan Israel pada tahun 1948. Mereka lari kerana terpaksa demi menyelamatkan diri tanpa menyerahkan hak mereka iaitu tanah kepunyaan mereka kepada sesiapa. Israel pula telah menduduki tanah-tanah itu dan menukar hak kepunyaan kepada mereka. Siapakah tuan tanah kepada tanah-tanah itu? Ada yang berpendapat "hak" tidak boleh sewenang-wenangnya diserah terima lebih-lebih lagi secara paksaan atau tanpa persetujuan tuan asal. Dalam hal ini, pelarian Palestine ini punya hak untuk kembali mengambil hak mereka. Ia lebih popular dipanggil "Palestinian right of return".
Namun, sejauh mana atau selama mana hak ini kekal? Ada beberapa teori yang dikeluarkan sarjana tentang asal usul Melayu di Malaysia. Antara yang terkenal adalah teori Yunnan yang menyatakan bangsa Melayu berasal dari Yunnan. Adakah ini bererti Melayu bukanlah penduduk asal Tanah Melayu? Jika terdapat penduduk di Tanah Melayu sebelum kedatangan mereka, sudah tentu bukan penduduk asal. Jika Tanah Melayu tidak dihuni mana-mana masyarakat, maka pastinya mereka penduduk asal. Semantiknya, kita mempersoalkan penduduk asal bukannya tuan tanah tersebut. Kerana penduduk asal tidak semestinya tuan tanah. Adakah ini soal siapa cepat dia dapat atau siapa chup dulu dia dapat? Teori kedua pula menyatakan masyarakat Melayu berasal dan berkembang di Nusantara termasuklah Tanah Melayu. Dalam hal ini, Melayu mempunyai status penduduk asal dan tuan tanah.
Memanjangkan soal penduduk asal dan pemilik tanah ini, perlu kita lihat perkembangan luar lain. Contohnya orang eropah telah mendarat di Amerika Utara dan bertapak di sana. Ketika itu, benua ini dihuni oleh puak Red Indian. Akhirnya, benua ini kini menjadi hak orang-orang pendatang ini. Sama juga yang berlaku di Australia, walaupun orang aslinya yang dipanggil Aborigines diiktiraf sebagai penduduk asal, namun hak tanah itu telah bertukar ke tangan kaum pendatang. Di Eropah pula, berlaku banyak kali pertukaran hak milik wilayah akibat perang. Penukaran hak milik wilayah ini berlaku sepanjang zaman pekembangan tamadun manusia dimana kumpulan yang kuat akan mendominasi kumpulan yang lemah serta dapat menguasai kawasan yang luas.
Berbanding dengan konsep "hak" yang dibincangkan tadi, konsep kekuasaan lebih mudah untuk difahami dan dilihat diterima secara sejagat.  Malah ianya lebih praktikal kerana dapat ditentukan secara fizikal contohnya melalui kekuatan ketenteraan, sesebuah kumpulan dapat meraih lebih harta daripada kumpulan yang lemah. Ini menyebabkan semua orang berkejar-kejar menjadi lebih kuat.

Dalam hal ini, terlalu sukar untuk menentukan tuan tanah yang paling asal kerana kekangan sejarah dan waktu. Namun ini bukanlah sesuatu yang mustahil dengan mengambil kira sejarah yang sedia ada. Umpamanya, tanah Palestine ini pada asalnya ditadbir bangsa Kanaan.  

Israel-Palestin

Selepas kekalahan Empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama, tanah jajahannya dibahagikan kepada negara-negara Bersekutu. Bahagian selatan Uthman Syria yang merangkumi Jordan dan Palestin diletakkan di bawah pemerintahan dan pentadbiran British. Pemerintahan dan pentadbiran ini diberi nama sebagai Mandat Palestin British ataupun Mandat Palestin. Mandat Palestin telah diluluskan oleh Liga Dunia pada 24 Julai 1922 dan berkuat kuasa sepenuhnya pada 26 September 1923. Melalui mandat ini, British mempunyai kuasa mentadbir bermula 1923 sehingga 1948.
Pada 16 September 1922, British telah membahagikan kawasan mandat kepada dua iaitu Palestin dan Transjordan. Palestin diletakan dibawah pemerintahan British secara terus manakala Transjordan diberi kuasa autonomi di bawah pemerintahan keluarga Hashemite dari Kerajaan Hejaz.

Deklarasi Balfour
Deklarasi Balfour merupakan satu surat bertarikh 2 November 1917 daripada Setiausaha Luar United Kingdom, Arthur James Balfour kepada ketua masyarakat Yahudi British, Baron Rothschild. Dalam surat ini, kerajaan British menyatakan sokongan terhadap penubuhan sebuah Negara untuk orang Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour ditulis sebelum kejayaan British mengalahkan kerajaan Uthmaniyah dalam Operasi Jerusalem pada 30 Disember 1917. Operasi ini telah bermula pada 17 November iaitu kira-kira 2 minggu sebelum deklarasi membuktikan hubung kait yang jelas akan peranan kerajaan British dan pemimpin Zionis dalam menentukan perjalanan wilayah Palestin selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.  

TPPA

TPPA merupakan isu yang kontraversial di Malaysia. Apakah sebenarnya TPPA? Menurut penentang TPPA, TPPA merupakan satu perjanjian perdagangan yang berisiko mendatangkan kesan negatif kepada negara. Apakah kesan negatif ini? Kerajaan, walau bagaimanapun masih beranggapan TPPA baik untuk rakyat dan negara namun terma perjanjian ini perlu diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat. Oleh itu, kerajaan meneruskan perbincangan TPPA dalam usaha mendapatkan terma yang menguntungkan negara dan meminimakan risiko yang mungkin.
Apakah itu TPPA?

Pada asalnya, 4 buah negara iaitu Brunei, Chile, Singapura dan New Zealand telah menyertai satu kerjasama ekonomi yang dikenali sebagai Trans-Pasific Strategic Economic Partnership (TPSEP) atau P4. Perjanjian kerjasama ekonomi ini kemudiaanya ingin diperluas menjadi 12 negara anggota. Perjanjian antara 12 negara Pasifik inilah yang disebut sebagai TPPA.
TPPA merupakan singkatan bagi Trans Pasific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. Atau lebih mudah, Perjanjian Kerjasama Negara-negara Pesisir Pasifik. Perjanjian kerjasama adalah tertumpu kepada sektor ekonomi dimana negara-negara terlibat akan mengurangkan peraturan-peraturan, undang-undang dan cukai bagi meningkat pedagangan dan pelaburan di antara negara-negara. Selain itu, kerjasama juga meliputi usaha untuk menyediakan peraturan-peraturan, garis panduan atau undang-undang yang seragam bagi melindungi hak cipta, buruh dan alam sekitar. Satu mekanisme untuk menyelesaikan pertikaian melibatkan pelabur dan negara juga turut dirangka.

Bunyi seperti FREE TRADE atau PERDAGANGAN BEBAS? Betul, ianya memang satu perjanjian perdagangan bebas seperti mana umum faham. Cumanya ia lebih meluas iaitu tidak hanya menyentuh soal meningkatkan pelaburan dan pedagangan antara negara melalui penghapusan cukai-cukai berkaitan pengimportan dan pengeskportan.

Ringkasnya, ia menyediakan persekitaran yang baik untuk pelaburan dan perdagangan. Dengan pengurangan cukai dagangan umpamanya, kos dapat perdagangan dapat dikurangkan. Pengguna pula akan mendapat harga barangan yang lebih murah.TPPA akan mengurangkan halangan perdagangan dan menjamin persekitaran pelaburan yang kompetitif. Undang-undang dan mekanisme kawalan yang diwujudkan membolehkan meningkatkan keyakinan pengeluar terhadap iklim perniagaan di negara-negara anggota. Bukankah ini baik untuk kita semua?
Jadi, kenapa masih ramai yang menolak TPPA?

Seperti mana perdagangan bebas, TPPA mempunyai impak yang sama iaitu PERSAINGAN. Tak semua orang suka bersaing. Bersaing akan meningkatkan productivity dan efficiency. Ini kerana hanya yang terbaik akan memperoleh habuan. Bagi orang yang suka bersaing, kekalahan boleh dilihat sebagai satu yang positif. Bagi sesetengah yang lain pula, persaingan kekalahan dalam satu persaingan adalah satu kerugian. Selain itu, persaingan perlulah adil untuk memuaskan hati semua orang. Kesukaran untuk menentukan keadilan dalam persaingan inilah menyebabkan TPPA tidak dapat diterima.


Sebagai contoh, apabila TPPA dilanksanakan, pengeluar tempatan terpaksa bersaing dengan produk daripada luar. Sebelum TPPA, pengeluar dilindungi kerajaan melalui cukai yang dikenakan ke atas produk import. Produk import akan menjadi lebih mahal lalu menyebabkan produk tempatan menjadi pilihan pembeli. Jika quality dan harga sesuatu produk tempatan dan import (contohnya daripada US) adalah sama, pembeli akan membeli produk import (US). Ianya hampir pasti berlaku di Malaysia. Iaitu pembeli Malaysia akan membeli produk US. Di US pula, rakyat US akan memilih produk tempatan (US) berbanding produk import (Malaysia). Dalam kedua-dua keadaan, pengeluar Malaysia akan mengalami kerugian. Ianya merupakan persaingan yang tidak adil kerana melibatkan spekulasi atau emosi ketika pembelian suatu barangan.


TPPA juga menekankan terhadap harta intelek. Melalui TPPA, undang-undang berkaitan harta intelek akan diperketatkan dan diseragamkan. Kerajaan tidak boleh lagi menggubal atau melaksanakan undang-undang sendiri kerana ianya perlu mengikuti standard yang ditetapkan TPPA. Dalam hal-hal berkaitan 

Pahang

1.       Terdapat dua catatan terawal mengenai Pahang yang ditulis oleh dua orang penulis China iaitu Chau Ju-Kua dan Wang Ta-Yuan. Pada 1225, Chau Ju-Kua telah menyebut Pahang sebagai “Pong-fong”, iaitu sebuah kawasan di bawah pengaruh San Fo-ts’i. Dr. Coedes mengenal pasti San Fo-ts’I sebagai kerajaan Melayu Srivijaya yang pada ketika itu berpusat di Palembang. Chau Ju-Kua juga ada menyebut mengenai sebuah lagi negeri jajahan San Fo-ts’I iaitu Tan-ma-ling. Catatan Wang Ta-Yuan dalam Tao I chik lio yang ditulis pada tahun 1349 pula menyebut tentang P’eng K’eng dan Pa-tu-ma iaitu merujuk kepada Pahang dan Pulau Tioman.

2.       Menurut Nagarakrtagama yang ditulis pada tahun 1365 pula menyebut Pahang sebagai negeri jajahan Majapahit. Selain Pahang, Ujong Medini (Johor), Muar, Langkasuka, Kelantan, Trengganu, Paka dan Dungun, Tumasik (Singapura), Sang Yang Ujong (Sungai Ujong), Kelang dan Kedah juga merupakan negeri-negeri yang berada di bawak kekuasaan Majapahit.

3.       Dinasti Ming di China turut merekodkan Pahang sekitar abad ke-14 dan ke-15. Menurut rekod ini, Pahang merupakan sebuah kawasan yang terletak di sebelah barat Siam. Pada tahun 1378, rajanya bernama Maharaja Tajau telah menghantar perutusan membawa bersama ufti sebagai persembahan kepada Mahajara China. Menurut Linehan (1973), Tajau yang disebut di sini mungkin merujuk pada “Tanjung”. Pelayar-pelayar pada ketika itu mengenali kawasan tanjung Sungai Pahang sebagai Tanjung Pahang. Pada tahun 1411, rajanya bernama Pa-la-mi-so-la-ta-lo-si-ni telah menghantar ufti bagi tujuan persembahan. Menurut pengkaji, Pa-la-mi-so-la-ta-lo-si-ni merujuk kepada “Parameswara Telok Chini”. Tahun 1412, Cheng Ho dihantar sebagai pegawai perutusan. Pada 1414, ufti sekali lagi telah dibawa ke China. Pada tahun 1416, ufti dihantar bersama-sama dengan perutusan dari Kalikut dan Jawa. Cheng Ho dihantar sekali lagi ke sana.

4.       Fei Hsin menulis mengenai Pahang yang menyerupai rekod catatan Dinasti Ming pada tahun 1436 yang antara lain memberi gambaran tentang tempat, cuaca, aktiviti ekonomi, adat dan perwatakan penduduknya.


5.       Menurut d’Eredia pula, Pahang merupakan kerajaan Melayu kedua di Semenanjung Melayu selepas Patani. Kedua-dua kerajaan ini telah bertapak lama sebelum pengasasan Melaka lagi. Pahang atau “Pan” atau “Pam” telah didatangi oleh pedangan luar terutamanya disebabkan oleh perlombongan emas. D’Eredia turut menyebut Pam sebagai kerajaan yang mentadbir Singapura. Berkenaan dengan Parameswara (d’Eredia menyebutnya sebagai Permicuri) pula, dia berasal dari Palimbang di Sumatera. Parameswara kemudiaanya berkahwin dengan pembesar-pembesar dan kerabat diraja Patani dan Pam. Agama Islam pula telah mula bertapak di Pahang sebelum Islam datang ke Melaka lagi.      

Rokok

Rokok dikaitkan dengan pelbagai perkara negatif terutama melibatkan hal kesihatan. Kandungan bahan kimi yang terdapat dalam rokok didapati boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti serangan jantung, strok dan kanser. Mengetahui hal ini, sepatutnya masyarakat menjauhi rokok manakala perokok pula perlu segera behenti. Kerajaan pula telah menjalankan pelbagai iniasiatif dalam mengekang masalah yang berpunca daripada rokok. Walaubagaimanapun, setiap usaha yang dilakukan kerajaan dan masyarakat dilihat tidak menghasilkan kesan yang diingini. Jumlah perokok pula semakin meningkat. Apakah yang menjadi kekangan kepada kita dalam menyelesaikan masalah ini?
Ringkasan Rokok
Dalam Bahasa Inggeris, rokok dipanggil “cigarette”. Perkataan “cigarette” berasal daripada perkataan Perancis yang merujuk kepada “cigar kecil”. Perkataan cigar pula berasal dari Sepanyol, Portugis dan Yunani yang bermaksud “cigarro”. Perkataan “cigarro” ini pula berasal dari perkataan Mayan, “siyar” yang bermaksud “mengasapkan gulungan daun tembakau”. Rokok merupakan satu gulungan kertas daun tembakau yang dipotong kecil yang dinyalakan di satu bahagian hujung bagi menghasilkan asap yang kemudiaan disedut melalui hujung yang satu lagi. Pada zaman ini, kandungan rokok bukan hanya terdiri daripada potongan halus daun tembakau tetapi juga mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Di dalam daun tembakau terdapat satu bahan psikoaktif kimia yang disebut nikotin. Nikotin inilah yang menyebabkan ketagihan kepada perokok.
Bagaimana nikotin menyebabkan ketagihan?
Nikotin merupakan sejenis alkaloid yang terdapat pada daun tembakau. Fungsinya adalah sebagai bahan kimia bagi mengelakkan dimakan oleh binatang. Di dalam tubuh badan, nikotin bertindak sebagai bahan stimulasi.     
Kebaikan rokok
Nikotin di dalam rokok berfungsi sebagai bahan stimulasi dan penenang yang boleh mengubah mood atau semangat. Ia menyebabkan pelepasan glukos dari hati dan epinephrine (adrenaline) dari adrenal medulla yang menyebabkan stimulasi. Stimulasi boleh memberi kesan peningkatan aktiviti pada tubuh badan. Dengan erti kata lain, stimulasi meningkatkan fungsi dan aktiviti badan yang member kesan kepada ketenangan, ketajaman deria, kesabaran dan penumpuan. Apabila merokok, nikotin akan meresap di dalam darah dan dibawa ke peparu dan otak dalam beberapa saat sahaja. Ia kemudiaannya meningkatkan pengeluraran beberapa isyarat kimia disebut neurotransmitter. Neurotransmitter ini pula kemudiaanya meningkatkan pengeluran acetylkolin, norephinephrine, beta-endorphin dan dopamine.
Kesan baik
Bahan kimia
Meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
Acetylcholine
Meningkatkan perasaan berjaga-jaga
Acetylcholine and norepinephrine
Menaikan perasaan ghairah
Norepinephrine
Mengurangkan kesakitan
Acetylcholine and beta-endorphin
Mengurangkan keletihan
Beta-endorphin
Memberikan kegembiraan
Dopamine
  
Keburukan rokok
Amalan merokok dipercayai telah menyebabkan pelbagai jenis penyakit terutama yang berkaitan dengan jantung dan paru-paru. Rokok meningkatkan risiko serangan jantung, Chronic Obstructive Pulmonaryu Disease (COPD), emphysema dan kanser. Selain itu, perokok biasanya mempunyai jangka hayat yang sedikit berbanding bukan perokok.
Antara penyakit yang berpunca daripada rokok
Jangka hayat rendah
Influenza
Psikologi
Kanser
Oral
Tekanan
Penyakir berkaitan pulmonary
Jangkitan
Perubahan perangai dan tingkah laku
kardiovaskular
Kemandulan
Fungsi kognitif
Buah pinggang
Shaywat
Kehamilan
  
Menurut laporan yang dikeluarkan WHO dalam WHO Report on the Global Tobacco Epidermic 2008, 51.1% lelaki Malaysia adalah perokok manakala wanita mewakili 2.5%. Mengambil angka 25 juta populasi Malaysia, ini bermakna kira-kira 6 juta lelaki dan 310 ribu wanita Malaysia adalah perokok menjadikan jumlah keseluruhan 6.5 juta.
1 Januari 2010-Minimum RM6.40
4 Oktober 2010-70 sen
22 Oktober 2012-20 sen
3 Jun 2013-3%
3.1 juta 2007
4.7 juta 2008


MH17

Apakah yang terjadi kepada pesalah MH17?
Sibuk kita memilih teori manakah yang boleh digunakan dalam tragedi MH17. Berbanding dengan teori kehilangan MH370, teori MH17 lebih berkaitan dengan siapakah yang bertanggungjawab menjatuhkan MH17 sehingga mengakibatkan kerugian besar baik kepada mangsa, waris, syarikat penerbangan, negara-negara terlibat mahupun konflik yang sedang berlangsung. Ramai bersetuju bahawa MH17 sememangnya telah ditembak jatuh. Orang yang menembaknya mungkin sama ada kumpulan pemisah pro-Russia ataupun kerajaan Ukraine yang anti-Russia. Kedua-dua pihak masih menuding jari ke arah lawan masing-masing sambil mengemukakan bukti yang mereka anggap menyokong keterangan yang didukung. Adakah pula tindakan menembak jatuh MH17 itu satu kesilapan, kesalahan, jenayah ataupun matlamat peperangan? Sifat serangan itu akan mencerminkan motif sebenar serta menentukan bagaimana mereka boleh dihukum. Jika ia satu kesilapan atau kesalahan yang tidak disengajakan, seseorang perlu dibawa ke muka pengadilan. Jika ia satu jenayah iaitu satu tindakan yang disengajakan, ia juga perlu dibawa ke muka pengadilan. Jika ia satu matlamat peperangan, ia tidak boleh dipanggil satu jenayah. Sehingga ke hari ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab memperlihatkan ianya bukan satu tindakan yang tidak disengajakan. Ini kerana kebiasaanya dalam skala antrabangsa, pihak yang membuat kesilapan segera untuk tampil ke hadapan dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa yang mereka lakukan. Apa yang jelas, ia merupakan satu tindakan yang disengajakan dan pihak yang melakukannya tidak berani tampil untuk memikul tanggungjawab itu. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ia merupakan satu tindakan jenayah yang disengajakan.

Siapa yang akan menghukum?
Jelas sekali tragedi berlaku di dalam wilayah kekuasaan Ukraine. Jadi, Ukraine lah yang bertanggungjawab membawa pelaku ke muka pengadilan. Namun begitu, keadaan menjadi rumit kerana kawasan terbabit berada dalam kancah peperangan. Secara teknikalnya, Ukraine telah kehilangan hak kekuasaan itu kepada puak pemisah pro-Russia. Tetapi puak pemisah juga tidak mempunyai kuasa sebenar untuk mempraktikan kekuasaan mereka sebagai sebuah negara dan kerajaan berdaulat. Kebanyakkan negara yang terlibat pula terbatas kekuasaan mereka melainkan menggunakan perantara antarabangsa seperti Mahkamah Keadilan Antrabangsa (ICJ) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Netherlands pula berhak mengikut undang-undang mereka untuk mengheret pelaku ke mahkamah mereka jika mangsa yang terlibat adalah warga mereka. Jadi kemungkinan ada tiga pihak yang boleh menghukum di sini iaitu Ukraine, badan antarabangsa seperti ICJ dan Netherlands.

Apakah hukuman?

Dalam kes Penerbangan Siberia 1812, kerajaan Ukraine telah bersetuju untuk membayar pampasan berjumlah USD15 juta kepada keluarga bagi 78 penumpang yang terkorban. Kerajaan walaubagaimana menolak untuk dipertanggungjawabkan terhadap insiden itu. Beberapa keluarga telah membawa kes ini ke mahkamah sivil dan mahkamah mendapat bahawa kerajaan Ukraine tidak memupnyai liabiliti terhadap insiden itu.  

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka 1511

Melaka telah diasaskan oleh Parameswara, seorang putera dari Palembang pada tahun 1400. Kedudukannya yang strategik telah membolehkan Melaka berkembang menjadi sebuah perlabuhan entrebot yang terkenal di seantero dunia. Hasil daripada kekuatan ekonomi ini, Melaka telah berkembang menjadi sebuah empayar yang dominan di kepulauan Melayu. Pada zaman kegemilangannya, Empayar Melaka telah berkembang meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra dan kepulauan Riau.

Memasuki abad ke-16, Melaka masih mengekalkan statusnya sebagai empayar yang kuat. Namun, kematian bendahara Tun Perak pada tahun 1498 menandakan permulaan kemerosatan empayar Melaka. Tun Perpatih Putih iaitu adik Tun Perak telah dilantik sebagai bendahara yang baru. Pentadbiran Tun Perpatih Putih dikatakan tidak berkesan. Selain itu, hubungan di antara orang Melayu dan Islam Gujerat di istana menjadi semakin tegang. Pada tahun 1500, Tun Mutahir daripada kalangan Islam Gujerat telah menggantikan Tun Perpatih Putih. Peralihan jawatan bendahara ini memberi kesan yang besar dalam sejarah Melaka. Hal ini kerana Tun Mutahir dan keluarganya telah dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Shah akibat enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda. Disebabkan itu, Sultan Mahmud Shah telah turun takhta untuk sementara waktu dan digantikan oleh anaknya, Sultan Ahmad Shah. 

Pada tahun 1509, rombongan Portugis yang diketuai oleh Diogo Lopez de Sequiera tiba di Melaka dalam misi untuk menilai prospek perdagangan. Disebabkan salah faham, rombongan ini telah diserang dan sebilangan anak kapalnya telah ditahan oleh penduduk tempatan. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Portugis yang menghantar gabenor India Portugis yang berpangkalan di Goa bernama Afonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka. Serangan pertama dilancarkan pada 25 Julai 1511 namun gagal untuk meruntuhkan pertahanan Melaka. Melaka pada akhirnya jatuh ke tangan Portugis dalam serangan kedua pada bulan Ogos. Selain persediaan dan kekuataan Portugis yang jauh lebih baik, krisis yang berlaku di dalam istana yang melibatkan bendahara Tun Mutahir turut memainkan peranan yang penting.

Selepas jatuhnya kota Melaka, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke wilayah-wilayahnya dan melancarkan serangan dari situ bagi mendapatkan kembali empayarnya. Walau bagaimanpun, kesemua cubaan baginda telah gagal sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1528. Walaupun Empayar Melaka gagal dipulihkan, dua orang putera baginda telah mengasaskan dua buah kerajaan baharu iaitu Kesultanan Perak dan Kesultanan Johor.   

Penjajahan Israel di Palestin

PENEMPATAN ISRAEL DI PALESTIN
Penempatan Israel di wilayah jajahan adalah kawasan penduduk yahudi di atas tanah yang dijajah Israel semasa Six Day War 1967. Penempatan ini meliputi kawasan di West Bank, East Jerusalem dan Golan Height. Penempatan seumpama ini juga wujud di Sinai Strip sebelum dikosongkan Israel berikutan perjanjian aman Israel-Mesir 1979. Pada tahun 2005 pula, Israel mengosongkan penempatan mereka di Gaza.

Komuniti antarabangsa menyifatkan penempatan ini  sebagai haram. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Resolusi 497 menyatakan pengilhakan Bukit Golan oleh Israel pada 1981 sebagai tidak sah. Ini bermakna status Bukit Golan kekal sebagai milik Syria dan kekal sebagai wilayah jajahan Israel. Oleh itu, penempatan Israel tidak boleh dibina di Bukit Golan. Resolusi 446 dan 465 juga menyatakan penempatan Israel di wilayah jajahan yang diperoleh semasa Perang Enam Hari 1967 adalah menyalahi Konvensyen Keempat Geneva. Mahkamah Keadilan Antarabangsa juga menyatakan penempatan ini adalah meyalahi undang-undang. Tambahan lagi, kesemua negara di dunia juga tidak menyokong tindakan yang dilaksanakan Israel.
Setakat Julai 2012, populasi Yahudi di penempatan seumpama ini adalah seramai 350 150 orang dari 121 penempatan di Tebing Barat, 300 000 orang di Jerusalam Timur dan lebih 20 000 di Bukit Golan.

Adakah Penempatan Israel Di Wilayah Jajahan Sah?
Yasser Arafat membacakan proklamasi kemerdekaan Palestine (State of Palestine) pada 15 November 1988 selepas diluluskan oleh Majlis Kebangsaan Palestine (Palestine National Council). Beliau kemudiaan memegang jawatan presiden. Berikutan pada itu, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations General Assembly) telah mengadakan undian Resolusi 43/177 pada 15 Disember 1988 yang mengiktiraf kewujudan Negara Palestine. Resolusi ini juga menyatakan kewajaran hak rakyat Palestine ke atas wilayah yang dijajah sejak 1967. Oleh kerana Palestine merupakan sebuah Negara untuk rakyat Palestine, maka tanah jajahan takhluknya adalah sah iaitu meliputi kawasan yang telah dipetakan selepas Perang Enam Hari 1967 (1967 Six-Days War). Jadi selepas pengiktirafan kemerdekaan ini, tanah jajahan ini yang meliputi kawasan Tebing Barat (West Bank) dan Semenanjung Gaza (Gaza Strip) secara rasmi merupakan tanah yang dijajah oleh Israel. Secara teknikal, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza tertakluk kepada undang-undang adat antarabangsa melalui Konvensyen Geneva 1949. Melalui artikel 49 Konvensyen Geneva Keempat (KG4) berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang, menjelaskan kuasa penjajah tidak boleh menghantar atau memindahkan populasi awamnya ke dalam wilayah yang dijajah. Hal ini jelas berlaku di Palestine dalam bentuk pembangunan penempatan Israel di wilayah yang dijajah terutama di Tebing Barat.


Israel menafikan penempatan ini telah melanggar KG4. Menurut mereka, pendatang (settler) Yahudi bukan berasal dari Israel dan tidak dipindahkan ke Tebing Barat. Selain itu, Israel mempersoalkan kewajaran KG4 diguna pakai dalam isu Palestine kerana Tebing Barat dan Gaza bukanlah wilayah yang dijajah tetapi wilayah yang dipertikaikan. Oleh kerana wilayah ini dikawal Israel hasil Perang Enam Hari yang pada ketika itu tidak diletakkan dibawah mana-mana kerajaan yang sah, maka wilayah ini tidak dijajah tetapi dipindahkan kawal selia kepada Israel. Tambahan pula, penempatan ini didirikan oleh orang Yahudi dengan rela hati dan bukannya atas dasar politik atau paksaan kerajaan Israel. Pada masa yang sama, kerajaan Israel tidak terlibat dalam usaha menghalau penduduk asal di kawasan penempatan itu.

Sarawak keluar Malaysia?

Jika Sarawak meninggalkan Malaysia...

Kelebihan kepada Malaysia
Saiz geografi dan penduduk yang lebih kecil akan memudahkan urusan pentadbiran dan pengagihan sumber. Ini kerana pentadbiran dan pengagihan sumber akan terfokus dan menjadi lebih berkesan. Sarawak merupakan negeri terbesar namun mempunyai populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Selangor, Johor dan Sabah. Kepadatan penduduk pula tertumpu kepada beberapa bandar-bandar besar seperti Kuching, Miri dan Sibu. Masih ramai penduduk yang menetap di lokasi-lokasi terpencil dan jauh di pendalaman. Oleh sebab itu, urusan pentadbiran bagi kawasan-kawasan terpencil dan pendalaman ini adalah sukar dan berkos tinggi. Sebagai contoh, pembangunan logistik bagi suatu kawasan akan memakan kos yang tinggi jika dibandingkan dari segi impak keseluruhannya. Kesukaran ini akan sentiasa menghantui kerajaan pusat kerana dianggap gagal untuk memajukan kawasan terbabit. Pandangan negatif ini seterusnya akan menular ke kawasan-kawasan lain yang menjejaskan kredibiliti kerajaan. Oleh itu, ketiadaan Sarawak akan memberi lebih banyak peluang kepada kerajaan untuk memajukan negeri-negeri lain dan mengukuhkan lagi kawalan dan pengaruhnya.

Keburukan kepada Malaysia

Dalam suatu gerakan pemisahan, prinsip integriti wilayah sering menjadi isu terpenting. Apabila sesuatu wilayah berpisah daripada negara, ia akan menjejaskan integriti wilayah negara tersebut. Kejayaan gerakan pemisahan akan meningkatkan usaha pemisahan wilayah-wilayah lain seterusnya menjejaskan integrity wilayah tersebut. Disebabkan itu, usaha gerakan pemisahan akan ditangani secara keras oleh kerajaan. Selain itu, integrity wilayah juga melibatkan factor keselamatan dan ancaman yang timbul apabila negara berpecah. Ia bukan sahaja menjejaskan system pertahanan dan keselamatan sedia ada, namun juga menimbulkan ancaman baru dari segi dalaman dan persaingan antara dua negara. 

Ekonomi Politik

Ekonomi Politik: Apa yang perlu kita tahu?

Aspek ekonomi dalam politik merupakan perkara yang sangat penting. Ini kerana, ekonomi menentukan kestabilan politik. Perkembangan dunia hari ini memerlukan kita untuk terjebak dalam arus globalisasi atau suatu dunia tanpa sempadan. Ia membawa maksud ekonomi kita adalah saling berkait dengan ekonomi di luar sempadan. Bagi seorang pengeluar, globalisasi menyediakan pasaran yang lebih luas. Ini bererti lebih keuntungan. Bagi seorang pengguna atau pembeli, kita dapat membeli produk dari luar yang pelbagai pada harga yang kompetitif. Begitulah bagaimana pada akhirnya ekonomi memainkan peranan yang cukup besar dalam kehidupan seseorang. Negara juga bertindak sebagai sebuah pengguna atau pengeluar. Oleh itu, aspek ekonomi dalam politik sentiasa menjadi pengaruh yang penting.

Oleh itu, kerajaan perlu menguruskan ekonomi negara dengan baik supaya tidak bankrap. Secara umumnya, bankrap bagi negara adalah sama bagi individu. Bankrap bererti tidak mampu membayar hutang, tidak boleh dipercayai dan tidak mampu untuk menyara diri. Status sebegini sudah pastinya akan menjejaskan kehidupan seseorang dan juga negara.

Bagi membincangkan soal ekonomi, kita perlu melihat kepada dua perkara iaitu pendapatan dan belanjawan. Jika pendapatan kita lebih banyak daripada apa yang dibelanjakan, kita telah berjimat cermat dan membuat simpanan. Jika kita belanja kesemua pendapatan kita, kita tidak menyimpan apa-apa. Jika kita membelanjakan lebih daripada pendapatan, ini bererti kita telah berhutang. Sebuah ekonomi yang baik biasanya bermatlamat untuk membuat simpanan. Simpanan bermaksud kita telah belanja mengikut kemampuan dan ianya boleh digunakan apabila terdapat kesulitan kelak. Oleh itu, sebuah kerajaan yang baik biasanya dapat menguruskan belanjawan negara dengan baik dan membuat simpanan untuk digunakan semasa kecemasan ataupun membuat pelaburan.

Namun begitu, usaha untuk membuat simpanan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kerajaan mesti berbelanja dalam pengurusan dan pembangunan negara. Belanja pengurusan dan pembangunan meningkat setiap tahun. Dalam kes-kes yang lain pula, sifat kerajaan yang memboros atau tidak berkesan dalam menguruskan ekonomi juga mendatangkan kesan yang negatif. Selain itu, unsur-unsur jenayah seperti rasuah turut menyebabkan pembelanjaan meningkat tanpa dapat ditampung oleh pendapatan. Untuk itu, pendapatan yang dikutip juga mestilah meningkat bagi membuat pembayaran. Dalam kes-kes tertentu, pendapatan boleh menyusut disebabkan faktor luar jangka seperti kemelesetan ekonomi.


Secara mudah, negara dapat membuat simpanan jika hasil pendapatan dapat ditingkatkan, mengamalkan perbelanjaan yang berkesan dan menangangi unsur-unsur jenayah selain berdoa agar ekonomi dunia sentiasa sihat.

Peluang Pekerjaan

1.       Bagi seorang PM, adalah wajib untuk berjanji meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan penangguran. Apabila peluang pekerjaan bertambah, ramai yang akan mempunyai pekerjaan, hidup menjadi selesa, mereka akan gembira, PM pun akan gembira. Jadi, kenapa tak create lagi banyak peluang pekerjaan untuk gembirakan lagi ramai orang?

2.       Kerajaan boleh mengwujudkan peluang pekerjaan melalui 2 cara. Pertama, menyediakan pekerjaan secara langsung di sektor awam. Kedua, mengwujudkan peluang ekonomi bagi sektor bukan kerajaan atau swasta yang seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Terdapat perbezaan yang ketara bagi kedua-dua kaedah ini. Pertama, menyediakan pekerjaan baharu di sektor awam akan meningkatkan kos pentadbiran kerajaan. Kedua, pekerjaan yang baharu dicipta ini akan mengurangkan produktiviti pekerja jika hasil kerja tidak perlu ditambah. Jika kerja sengaja ditambah, ia meningkatkan birokrasi dan mengurangkan efficiency. Pertambahan kerja memang boleh meningkatkan produktiviti jika hasilnya bertambah dan hasil tersebut dapat digunakan. Namun malangnya, hal ini tidak berlaku di kebanyakkan sektor awam menyebabkan penambahan kerja hanya mengurangkan produktiviti dan merugikan kerajaan.


3.       Namun begitu, PM suka untuk membuat orang gembira kerana rakyat yang gembira akan mengundi untuk PM dalam Pilihan Raya akan datang. Selain itu, pertambahan pekerjaan tidak semestinya merugikan. Semakin ramai orang mempunyai pekerjaan, semakin banyak perbelanjaan yang dibuat. Ini meguntungkan ekonomi kita kerana lagi banyak peluang pekerjaan baharu dapat dicipta untuk memenuhi selera berbelanja rakyat. Selain itu, jumlah cukai yang diterima kerajaan juga akan bertambah hasil daripada cukai individu dan perniagaan.   

Menjadi Negara Merdeka

Bagaimana menjadi sebuah negara merdeka?

Cara paling mudah adalah dengan mengisytiharkan kemerdekaan. Pengisytiharan bermaksud membuat pengumuman tentang sesuatu keadaan. Pengiytiharan boleh dibuat secara sembunyi atau sulit ataupun secara terbuka. Ia juga boleh dibuat secara berseorangan ataupun dilakukan dihadapan individu lain. Dalam hal ini, pengisytiharan kemerdekaan sesebuah negara merujuk kepada pengumuman secara terbuka yang dilakukan di hadapan individu lain. Ini memenuhi kehendak sesebuah negara itu untuk merdeka iaitu bebas daripada pengaruh orang lain. Jika ianya dilakukan secara sembunyi atau bersendirian, ia mungkin takut terhadap respon pihak lain. Dalam hal ini, ia tidak bebas dan tidak merdeka. Walau bagaimanapun, pengisytiharan secara sembunyi atau bersendirian ini mempunyai kelebihan yang membolehkan tindakan pengisytiharan itu memperlihatkan usaha untuk bebas dan merdeka. Sebagai contoh, jika sesebuah negara yang ingin merdeka mempunyai musuh yang sangat sukar untuk ditewaskan, pengisytiharan secara sembunyi dan bersendirian ini boleh menguatkan lagi semboyan untuk merdeka. Dalam hal ini, perjuangan untuk merdeka sepenuhnya bermula dengan kemederkaan yang diisytiharkan lebih awal tersebut. Setakat ini, belum ada sebarang pengisytiharan kemerdekaan secara sulit boleh dilihat. Hal ini mungkin kerana sifat pengisytiharan itu yang ingin memaklumkan tentang kemerdekaan negara tersebut lalu tidak memungkinkan ianya dilakukan secara sulit. Sebagai contoh, Indonesia disiytiharkan merdeka pada tahun 1945 meskipun masih berada dalam penjajahan Belanda. Namun, pengisytiharan ini telah menyemarakan api penentangan terhadap Belanda sehinggalah memaksa Belanda menyerah kalah pada tahun 1949. Dalam hal ini Indonesia dikatakan mencapai kemerdekaan apabila pengisytiahran dibuat pada tahun 1945. Dalam sudut lain, Indonesia boeh juga dilihat merdeka pada tahun 1949 iaitu ketika Belanda menyerah kalah secara rasmi. Perkembangan terbaru pula menyebut Belanda sebagai menerima kemerdekaan Indonesia 1945 dalam usaha merapatkan hubungan di antara kedua-dua negara. Dalam hal ini, kemerdekaan Indonesia 1945 dilihat sebagai kemerdekaan secara de facto. Kemerdekaan secara rasmi iaitu secara hitam putih dan secara bersama (negara penjajah dan negara dijajah) pada 1949 juga masih relevan mengikut perspektif perundangan. 

Berbeza dengan Malaysia yang mencapai kemerdekaan melalui kata sepakat dengan penjajah, pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 adalah diterima tanpa sebarang perdebatan. Dalam kes Sarawak pula, beberapa fakta dan hujah perlu diambil kira. Pertama, Sarawak merupakan sebuah negara merdeka semasa pemerintahan Dinasti Brooke sehinggalah Jepun menjajah pada tahun 1945. Selepas Jepun menyerah kalah, Sarawak dianggap memperoleh semula kemerdekaannya. Status ini adalah wajar tanpa sebarang deklarasi kemerdekaan. Sebagai pemilik sah kerajaan, Rajah Charles Vyner Brooke kemudiaanya menyerahkan Sarawak kepada British melalui pembentukan Koloni Mahkota Sarawak. Sebaik sahaja penyerahan ini dibuat, Sarawak bukan lagi negera merdeka. Pada 9 Julai 1963 pula, wakil kerajaan tempatan Sarawak telah mengikat perjanjian bagi membentuk Malaysia. British sebagai kuasa penjajah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan Sarawak melalui Malaysia pada 31 Ogos 1963. Sehubungan dengan itu, sebuah kerajaan Sarawak dibentuk pada 22 Julai. Walau bagaimanapun, tarikh kemerdekaan dalam perjanjian ini terpaksa ditunda kepada 16 September. Sabah dan Singapura walau bagaimanapun mengisytiharkan diri sebagai bebas daripada kuasa colonial pada 31 Ogos seperti mana yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia yang asal. Akhirnya pada 16 September, ketiga-tiga kerajaan mengisytiharkan kemerdekaan melalui Malaysia. Apa yang berlaku pada 22 Julai di Sarawak adalah satu proses penyediaan sebelum kemerdekaan. Dalam hal ini, Sarawak telah mencapai status berkerajaan sendiri seperti mana yang dicapai oleh Malaya pada tahun 1955. Dalam kes Singapura pula, ia dilihat mencapai status berkerajaan sendiri juga pada tahun 1955 walaupun British secara rasmi memberikan status itu pada tahun 1959. Tindakan Singapura yang dilihat sebagai mengisytiharkan kemerdekaan adalah pada 31 Ogos 1963 meskipun tiada pengisytiharan kemerdekaan dilakukan secara spesifik. Pengisytiharan secara rasmi hanya dibuat pada 16 September.   

Negara


Asal usul Negara

Dalam erti kata umum, negara merupakan sebuah kawasan atau wilayah yang berinteraksi dengan kawasan atau wilayah yang lain. Kawasan atau wilayah ini pula ditadbir oleh sebuah entiti atau kerajaan yang mempunyai kuasa yang tertinggi terhadap kawasan atau wilayah tersebut. Oleh sebab itu, kawasan atau wilayah yang diletakkan di bawah kawasan atau wilayah lain atau ditadbir oleh entiti atau kerajaan lain tidak boleh dipanggil negara. Sebagai contoh, sebuah daerah sememangnya ditadbir oleh entiti atau kerajaan namun entiti atau kerajaan ini tidak mempunyai kuasa yang tertinggi. Kuasa tertinggi terletak di tangan entiti atau kerajaan yang berada pada peringkat lebih tinggi.

Adalah sangat penting negara didefinisikan dalam konteks geografi dan kerajaan. Namun, asas kepada negara mestilah masyarakat. Negara memerlukan masyarakat untuk mewujudkan kerajaan. Hanya kerajaan yang berkuasa dapat mengawal dan mengekalkan kawasan atau wilayahnya. Walau bagaimanapun, terdapat masalah apabila mendefinisikan negara dalam konteks masyarakat kerana masyarakat boleh berpindah randah ataupun menukarkan pertalian mereka dengan kerajaan ataupun wilayah. Seseorang yang berada di sesebuah negara boleh mengatakan bahawa beliau tidak menganggotai masyarakat dalam negara tersebut iaitu memulaukan dirinya daripada politik setempat. Oleh itu tidak mustahil kesemua anggota masyarakat memulaukan diri mereka daripada kerajaan ataupun negara tersebuat. Dalam hal ini, kerajaan akan termansuh dan kawasan atau wilayah itu juga akan termansuh secara semula jadi. Jadi, walaupun aspek kemasyarakatan itu merupakan asas kepada pembentukkan negara ianya tidak boleh memberi kepada pengertian negara seperti mana kawasan atau wilayah ataupun entiti atau kerajaan yang mentadbir.

Asal usul masyarakat

Masyarakat merupakan kumpulan manusia yang mengumpulankan diri mereka kepada sebuah kumpulan atau masyarakat. Manusia biasanya selesa untuk membuat kumpulan berdasarkan hubungan kekeluargaan, sifat semula jadi, kawasan kediaman dan kepentingan bersama.  Bagi mengaitkan pembinaan sebuah negara, masyarakat mestilah terbina atas sebab kawasan kediaman iaitu merujuk kepada kawasan atau wilayah yanag akan ditadbir oleh kerajaan yang dibentuk masyarakat.

Mengapa  negara penting?

Sebab akhir pembentukan masyarakat adalah negara. Ini kerana hanya dengan pembentukan negara, masyarakat dapat mempertahankan diri mereka daripada musnah. Kemusnahan masyarakat mesti dijauhi kerana masyarakat pada mulanya dibentuk untuk menjaga kepentingan anggotanya. Pada hari ini negara merupakan masyarakat yang bergabung dengan masyarakat yang lain. Adalah tidak mustahil sebuah negara terdiri daripada sebuah masyarakat namun ianya tidak akan kekal kerana ancaman yang diterima daripada negara-negara lain. Secara teori juga, negara boleh dianggotai secara persendirian tanpa kewujudan masyarakat. Seseorang boleh memiliki kawasan dan wilayah dan mengistyhirkan kawasan dan wilayah tersebut sebagai negara. Individu tersebut boleh mentadbir tanah tersebut secara keseluruhannya lalu memenuhi syarat negara. Cuma ianya sangat sukar untuk dipertahankan dan pasti tidak akan bertahan lama. Jika dia dapat mempertahankan tanahnya daripada ditadbir oleh orang, tanah itu akan kembali bebas dimiliki apabila ia telah mati. Hak tanah tersebut hanya boleh diwarisi dan tidak kekal kepunyaan individu tersebut selama-lamanya termasuklah selepas kematiaanya. Walaubagimanpun, ianya menjadi semakin mustahil dalam dunia hari ini disebabkan kesemua kawasan dan wilayah telah mempunyai entiti atau kerajaan yang mentadbir.
Antara faktor-faktor ini, manusia yang berhimpun atas sebab kawasan kediaman mereka adalah lebih dekat dengan negara. Mungkin disebabkan itu, sistem dunia sekarang adalah berasaskan negara bangsa iaitu wilayah yang didiami dan dikuasai bangsa yang mendiaminya.

AMDOCS dan ASTRO


Adakah Amdocs itu sebuah syarikat Israel?

Ia ditubuhkan pada tahun 1982 di Israel (http://en.wikipedia.org/wiki/Amdocs). Nama Amdocs diilhamkan daripada  Aurec Information and Directory Systems. Aurec Group pula merupakan syarikat induk bagi Golden Pages iaitu sebuah syarikat direktori telefon Israel. Individu penting dalam pengasasannya adalah Boaz Dotan yang menjawat jawatan presiden dan CEO sehingga 1995 (http://www.forbes.com/profile/boaz-dotan/ dan http://www.amdocs.com/About/heritage/Pages/yellow-pages.aspx).

Pada tahun 1985, Southwestern Bell telah memperoleh 50% saham Amdocs menjadikannya pemilik utama. Hari ini, ibu pejabat Amdocs terletak di Chesterfield, Missouri dan Saint Peter Port, Guernsey. Dari segi pelaburannya, Amdocs diniagakan di pasaran Nasdaq. Berita mengenai Amdocs juga sering kali disiarkan oleh syarikat berita tertua Israel, Haaretz. Jadi, ada tiga Negara yang boleh dikaitkan dengan Amdocs iaitu Israel, Amerika Syarikat dan Britain. Dalam satu laporan, jelas menunjukkan Amdocs sebagai sebuah syarikat Israel (http://www.haaretz.com/print-edition/business/amdocs-lays-off-500-worldwide-1.256173).

Apakah kaitan Amdocs dan Astro?
Amdocs sememangnya mempunyai rekod besar dalam industri telekomunikasi, media dan hiburan terutama dalam menyediakan perkhidmatan perisian. Sejak penubuhannya. Amdocs telah mengembangkan sayapnya keseluruh dunia termasuklah Malaysia. Ini dapat dibuktikan dengan dokumen umum Suruhanjaya Securities and Exchange Amerika Syarikat (http://secfilings.nasdaq.com/edgar_conv_html%2f2013%2f12%2f09%2f0001193125-13-466872.html#FIS_COMPANY_INFORMATION) yang menyebut ASTRO sebagai antara pelanggan globalnya. Selain itu dalam laporan bertarikh 21 Julai 2004, Haaretz dengan jelas menyebut Amdocs telah berjaya dalam bidaan kontrak dengan ASTRO (http://www.haaretz.com/news/amdocs-bags-malaysian-paytv-contract-with-astro-1.129083). Ketika dihubungi tadi, ASTRO sememangnya mengaku penggunaan sistem Amdocs ini.

Dapatan lain?
Amdocs telah bertapak di Malaysia bukan hanya melalui ASTRO. Hasil kajian mendapati sebuah syarikat yang didaftarkan di Malaysia iaitu CRM Solution Sdn Bhd secara terang-terangan mempunyai kaitan dengan Amdocs (http://jobs.jobstreet.com.my/my/jobs/2326621?fr=21&src=44).

Kesimpulan
1. Amdocs merupakan syarikat Israel.
2. Laporan mengenai pemberian kontrak ASTRO kepada Amdocs sememangnya sahih.
3. ASTRO mengetahui kewujudan Amdocs dan menjelaskan Amdocs sememangnya digunakan dalam operasinya.
4. Keperluan untuk memboikot Amdocs sama seperti syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Israel yang lain seperti McDonald. Malah, Amdocs dilihat lebih dekat dengan Israel berbanding McDonald.
5. ASTRO sepatutnya lebih peka dan membuat penjelasan segera.

6. ASTRO tidak perlu gusar kerana pemboikotan di Malaysia hanyalah bersifat ‘trend’ semata-mata. Rakyat Malaysia bergantung hidup kepada ASTRO. Selepas krisis Gaza reda, rakyat Malaysia kembali tenang.

Negara Sabah dan Sarawak?


Konflik semantik “negara” dan “negeri”

Penggunaan perkataan “negara” atau “negeri” sememangnya bermasalah. Hal ini kerana kedua-dua perkataan ini boleh merujuk kepada status politik yang sama atau tidak. Dalam bahasa Inggeris, “negara” dan “negeri” disebut sebagai “state.” Walau bagaimanapun, “nation” dan “country” juga boleh merujuk kepada “negara.” Berdasarkan dokumen-dokumen klasik, kerajaan-kerajaan seperti Srivijaya, Majapahit, China dan Melaka disebut sebagai “negeri.” Istilah “luar negeri” pula merujuk kepada negara asing atau “luar negara.” Sebab itu kementerian yang menguruskan hal ehwal dalaman negara dipanggil Kementerian Dalam Negeri dan bukannya Kementerian Dalam Negara. Terdapat zaman di mana negara-negara dipanggil “negeri” dan bukannya “negara.” Penggunaan “negara” menjadi bermasalah kepada bahasa Melayu dan negara persekutuan sahaja. Hal ini kerana, “negeri” dan “negara” dilihat sebagai dua perkataan yang berbeza dalam kebanyakkan kes. Bagi negara persekutuan pula, perbezaan ini adalah signifikan kerana “negeri” merujuk kepada subset kepada “negara.” Perbahasan mengenai istilah “negeri” dan “negara” bukanlah satu hujah yang kukuh bagi menjelaskan status politik sesebuah wilayah. Status politik di sini merujuk kepada merdeka atau tidak; apa yang disebut sebagai “sovereign.”

Mengambil negara Palestin sebagai contoh, ia merupakan sebuah negara yang mempunyai kedaulatan terhad. Palestin telah mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1988 namun boleh dianggap sebagai negara jajahan Israel. Dalam masa yang sama, Palestin bukanlah salah satu "negeri" Israel. Hal ini menerangkan status “negeri” atau “negara” tidak menjejaskan status politik wilayah tersebut. Adakah Palestin sebuah negara? Ya, sudah tentu Palestin sebuah negara. Ia merupakan sebuah negara yang terjajah. Penjajahan tidak menjadikan Palestin sebagai negeri. Negara bukanlah satu darjat atau tingkat kerajaan atau politik yang lebih atas daripada negeri. Cuma dalam sistem persekutuan, barulah negara merujuk kepada darjat atau tingkat kerajaan atau politik yang lebih tinggi. Secara praktikal atau undang-undang, hanya sovereign states boleh menjadi anggota PBB. Ini kerana, PBB hanya membenarkan sovereign states untuk menjadi ahli. Kedaulatan sesebuah negara adalah berdasarkan pengiktirafan negara-negara lain. Dalam hal ini, Palestin tidak diiktiraf sebagai negara berdaulat jadi tidak dapat menjadi ahli PBB. Sebarang wilayah boleh mengisytiharkan kemerdekaan atau kedaulatan, namun secara praktikal dalam sistem negara bangsa Westphalia, kemerdekaan dan kedaulatan mestilah dapat dipertahankan atau dipraktikkan. Sebagai contoh, kerajaan yang berdaulat mestilah mampu untuk menjalankan kuasa dalam wilayahnya. Kuasa kerajaan Palestin adalah terhad seperti mana yang ditetapkan Israel. Kerajaan umpamanya tidak boleh mengutip cukai atau mempunyai pasukan keselamatan kerana sekatan-sekatan kerajaan Israel. Dalam hal ini, kemerdekaan dan kedaulatan Palestin yang diisytiharkan hanya pada nama. Pengiktirafan negara-negara luar terhadap kewujudan Palestin pula merupakan satu praktik formality dan bukannya memberi kesan terhadap kemerdekaan dan kedaulatan sepenuhnya. Hal ini kerana, pengiktirafan ini tidak mengubah status Israel sebagai penjajah dan Palestin sebagai negera terjajah. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan pengiktirafan tersebut mampu memberi tekanan kepada Israel serta negara-negara yang menentang kedaulatan Palestin supaya mencari jalan menyelesaikan isu terbabit. Mengikut undang-undang antarabangsa, Palestin kekal menjadi wilayah jajahan atau occupied territory.

Kembali kepada isu Sabah dan Sarawak, penggunaan istilah “negara” sebelum menyertai Malaysia merupakan suatu perkara yang tidak dapat dinafikan. Malah, istilah “negara” masih digunakan selepas itu dalam beberapa hal seperti penggunaan “Yang di-Pertuan Negara” bagi merujuk kepada ketua negara Sabah. Merujuk kepada Singapura pula, jawatan perdana menteri masih kekal digunakan meskipun Singapura menyertai Malaysia. Hal ini menjurus kepada menggunakan hujah kemerdekaan untuk mengelaskan status “negeri” dan “negara”. Sebagai contoh, Sabah, Sarawak dan Singapura  telah merdeka sebelum menyertai Malaysia. Walau bagaimanapun, istilah yang lebih tepat adalah mencapai status berkerajaan sendiri. Singapura telah terlebih dulu berkerajaan sendiri pada 3 Jun 1959. Sarawak pula pada 22 Julai 1963 manakala Sabah pada 31 Ogos 1963. Berkerajaan sendiri dalam ketiga-tiga kes ini tidak membawa erti kemerdekaan penuh. Ianya merupakan satu proses peralihan kuasa daripada kuasa kolonial sebelum kemerdekaan. Biasanya dalam tempoh ini, kerajaan tempatan diberi kuasa untuk mentadbir hal-hal dalaman manakala kuasa kolonial kekal berkuasa dalam isu-isu keselamatan dan hubungan luar. Status “berkerajaan sendiri” bermaksud kerajaan yang mentadbir adalah dilantik atau dipilih oleh rakyatnya sendiri. Dalam ketiga-tiga kes, telah wujud proses pilihan raya bagi memilih kerajaan.

Di Sabah, pilihan raya tempatan pertama diadakan dalam bulan April 1963. Donald Stephens telah dilantik menjadi ketua menteri secara rasmi pada 31 Ogos apabila Sabah diberikan status berkerajaan sendiri oleh British. Hujah ini adalah berdasarkan Perjanjian Malaysia yang menyebut kerajaan British akan melepaskan segala hak ke atas negeri-negeri Borneo dan Singapura pada 31 Ogos . Di Singapura pula, Perdana Menteri Lee Kuan Yew bertindak mengiytiharkan kemerdekaan setelah tibanya tarikh ini. Oleh kerana Singapura sudah mencapai status berkerajaan sendiri pada 1959, pengisytiharan Lee Kuan Yew pada 31 Ogos membawa maksud penubuhan sebuah negara yang merdeka penuh. Pada tahun 1959, jawatan Gabenor Singapura telah digantikan dengan Yang di-Pertuan Negara iaitu jawatan sebagai ketua negara. Dalam tempoh ini 1959-1963, Yang di-Pertuan Negara dilihat sebagai mewakili raja British manakala tempoh 1963-1965 sebagai mewakili Yang di-Pertuan Agong. Selepas Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, ia digantikan dengan jawatan presiden. Pada tahun 1959, jawatan perdana menteri diwujudkan bagi menggantikan jawatan ketua menteri. Walaupun perubahan jawatan ini tidak memberi kesan yang besar kepada tugas, namun ianya memberi petunjuk simbolik yang jelas mengenai status Singapura pada ketika itu.

Di Sarawak, Stephen Kalong Ningkan dilantik menjadi ketua menteri pertama pada 22 Julai. Lantikan ini dibuat oleh Sir Alexander Waddell iaitu Gabenor Sarawak yang ke-4 dan terakhir. Jawatan Gabenor Sarawak telah digantikan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sarawak pada 16 September iaitu tarikh pembentukan Malaysia. Disebabkan jawatan Yang di-Pertuan Negeri Sarawak hanya berkuat kuasa pada hari pembentukan Malaysia, Pengisytiharan Malaysia pada 16 September masih menggunakan Gabenor Sarawak. Hal ini berbeza dengan Sabah dan Singapura kerana jawatan Gabenor telah digantikan lebih awal. Teks Pengistytiharan Malaysia juga secara jelas dan spesifik menyebut negeri Sabah, Sarawak dan Singapura tidak lagi menjadi koloni bagi Ratu British dan Ratu British akan melepaskan segala haknya ke atas ketiga-tiga negeri ini. Oleh itu, dapat disimpulkan sebelum tarikh 16 September, tindakan ketiga-tiga negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura mengisytiharkan berkerajaan sendiri atau mencapai kemerdekaan adalah bercanggah dengan Perjanjian Malaysia. Oleh sebab itu, pengisytiharan kemerdekaan secara bersendirian (tidak bersama dengan negara-negara lain yang akan menyertai Malaysia) ini dilihat sebagai tindakan bersendiri (unilateral) tanpa merujuk dahulu kepada kerajaan atau pihak yang menjajah (British); hal yang sama apabila Palestin mengisytiharkan kemerdekaan.

Secara ringkasnya, sebelum 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan negara-negara yang dijajah. Ketika menyertai Malaysia, ia tidak menjejaskan status wilayah ini sebagai negara. Status politik pula berubah dari terjajah kepada merdeka dan berdaulat. Walau bagaimanapun, mengikut perspektif persekutuan, ketiga-tiga negara ini merupakan “negeri” di dalam negara Malaysia. Boleh juga ia menjadi “negara” di dalam negara Malaysia. Namun, penggunaan “negeri” bagi merujuk kepada subset wilayah “negara” dilihat lebih mudah dan sesuai. Hal yang serupa ketika negeri-negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menyertai persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di mana penyertaan ke dalam persekutuan tidak mengubah status wilayah sebagai negeri. Istilah “negeri” sudah digunakan untuk sekian lama oleh negeri-negeri Melayu iaitu ketika mereka merdeka mahupun ketika dinaungi atau dijajah. “Negeri” di sini merujuk kepada maksud yang sama dengan “negara.” Oleh itu, ketika Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menyertai persekutuan yang lebih besar seperti Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu, ianya tidak mengubah status wilayah negeri-negeri ini sama sekali seperti mana halnya kepada Sabah, Sarawak dan Singapura. Bagi persekutuan Malayan Union, ia menggabungkan negeri-negeri di Tanah Melayu dan bukannya menggabungkan "negara" Negeri-negeri Melayu Bersekutu, "negara" Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan "negara" Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat merupakan satu kesatuan dan bukannya sebuah negara. Oleh sebab itu Artikel I Perjanjian Malaysia 1963 menyebut “The Colonies of North Borneo and Sarawak and the State of Singapore shall be federated with existing States of the Federation of Malaya…” Ini bermaksud, Sabah, Sarawak dan Singapura tidak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu tetapi bergabung dengan negeri-negeri (States) Persekutuan Tanah Melayu. Dalam hal ini, kesemua ahli kesatuan iaitu dari Perlis sehinggalah ke Sabah merupakan “negara” atau “negeri” (negeri-negeri Melayu tidak menggunakan istilah negara) mempunyai status yang sama menerusi perjanjian ini iaitu sebagai “states.” Dalam pemahaman umum, “state” merujuk kepada negara seperti mana State of Israel.

Sebagai kesimpulan, hujah sematik “negara” atau “negeri” telah menimbulkan kekeliruan dalam menentukan status wilayah atau politik bagi negeri-negeri di Malaysia. Pemahaman mengenai penggunaan istilah ini mestilah merujuk kepada penggunaan dari zaman lampau sehingga sekarang. Sebagai contoh, orang Melayu pada zaman lampau menggunakan “negeri” bagi merujuk wilayah atau kerajaan yang merdeka. Dalam bahasa Inggeris, “state” boleh merujuk kepada negara ataupun negeri. Bagi negara persekutuan, istilah “state” akan dikaitkan dengan “negeri” manakala bagi negara bukan persekutuan, “state” bermaksud “negara.” Di Malaysia pada hari ini, istilah “negeri” dan “negara” mempunyai maksud yang jelas berbeza iaitu “negeri” merupakan wilayah subset bagi negara. Kerajaan negeri bermaksud kerajaan yang lebih bawah yang diberi kuasa oleh kerajaan pusat bagi mentadbir kewasan lokal yang disebut negeri. Dalam hal ini, semua negeri-negeri di Malaysia mempunyai status wilayah yang sama iaitu “negeri.” Pada masa yang sama, negeri-negeri ini merupakan “negara” atau “negeri” yang bersekutu membentuk sebuah persekutuan. Boleh juga untuk kita katakan negeri-negeri yang ada di dalam Malaysia merupakan negara-negara yang merdeka. Sekian.