1.
Bagi seorang PM, adalah wajib untuk berjanji
meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan penangguran. Apabila peluang
pekerjaan bertambah, ramai yang akan mempunyai pekerjaan, hidup menjadi selesa,
mereka akan gembira, PM pun akan gembira. Jadi, kenapa tak create lagi banyak
peluang pekerjaan untuk gembirakan lagi ramai orang?
2.
Kerajaan boleh mengwujudkan peluang pekerjaan
melalui 2 cara. Pertama, menyediakan pekerjaan secara langsung di sektor awam.
Kedua, mengwujudkan peluang ekonomi bagi sektor bukan kerajaan atau swasta yang
seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Terdapat perbezaan yang
ketara bagi kedua-dua kaedah ini. Pertama, menyediakan pekerjaan baharu di
sektor awam akan meningkatkan kos pentadbiran kerajaan. Kedua, pekerjaan yang
baharu dicipta ini akan mengurangkan produktiviti pekerja jika hasil kerja
tidak perlu ditambah. Jika kerja sengaja ditambah, ia meningkatkan birokrasi
dan mengurangkan efficiency. Pertambahan kerja memang boleh meningkatkan
produktiviti jika hasilnya bertambah dan hasil tersebut dapat digunakan. Namun
malangnya, hal ini tidak berlaku di kebanyakkan sektor awam menyebabkan
penambahan kerja hanya mengurangkan produktiviti dan merugikan kerajaan.
3.
Namun begitu, PM suka untuk membuat orang
gembira kerana rakyat yang gembira akan mengundi untuk PM dalam Pilihan Raya
akan datang. Selain itu, pertambahan pekerjaan tidak semestinya merugikan.
Semakin ramai orang mempunyai pekerjaan, semakin banyak perbelanjaan yang
dibuat. Ini meguntungkan ekonomi kita kerana lagi banyak peluang pekerjaan
baharu dapat dicipta untuk memenuhi selera berbelanja rakyat. Selain itu,
jumlah cukai yang diterima kerajaan juga akan bertambah hasil daripada cukai
individu dan perniagaan.
No comments:
Post a Comment