PENEMPATAN ISRAEL DI
PALESTIN
Penempatan Israel di wilayah
jajahan adalah kawasan penduduk yahudi di atas tanah yang dijajah Israel semasa
Six Day War 1967. Penempatan ini meliputi kawasan di West Bank, East Jerusalem
dan Golan Height. Penempatan seumpama ini juga wujud di Sinai Strip sebelum
dikosongkan Israel berikutan perjanjian aman Israel-Mesir 1979. Pada tahun 2005
pula, Israel mengosongkan penempatan mereka di Gaza.
Komuniti antarabangsa menyifatkan
penempatan ini sebagai haram. Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Resolusi 497 menyatakan pengilhakan Bukit
Golan oleh Israel pada 1981 sebagai tidak sah. Ini bermakna status Bukit Golan
kekal sebagai milik Syria dan kekal sebagai wilayah jajahan Israel. Oleh itu,
penempatan Israel tidak boleh dibina di Bukit Golan. Resolusi 446 dan 465 juga
menyatakan penempatan Israel di wilayah jajahan yang diperoleh semasa Perang
Enam Hari 1967 adalah menyalahi Konvensyen Keempat Geneva. Mahkamah Keadilan
Antarabangsa juga menyatakan penempatan ini adalah meyalahi undang-undang.
Tambahan lagi, kesemua negara di dunia juga tidak menyokong tindakan yang
dilaksanakan Israel.
Setakat Julai 2012, populasi Yahudi
di penempatan seumpama ini adalah seramai 350 150 orang dari 121 penempatan di
Tebing Barat, 300 000 orang di Jerusalam Timur dan lebih 20 000 di Bukit Golan.
Adakah Penempatan Israel Di Wilayah Jajahan Sah?
Yasser Arafat membacakan proklamasi
kemerdekaan Palestine (State of Palestine) pada 15 November 1988 selepas diluluskan
oleh Majlis Kebangsaan Palestine (Palestine National Council). Beliau kemudiaan
memegang jawatan presiden. Berikutan pada itu, Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations General Assembly) telah mengadakan undian
Resolusi 43/177 pada 15 Disember 1988 yang mengiktiraf kewujudan Negara
Palestine. Resolusi ini juga menyatakan kewajaran hak rakyat Palestine ke atas
wilayah yang dijajah sejak 1967. Oleh kerana Palestine merupakan sebuah Negara
untuk rakyat Palestine, maka tanah jajahan takhluknya adalah sah iaitu meliputi
kawasan yang telah dipetakan selepas Perang Enam Hari 1967 (1967 Six-Days War).
Jadi selepas pengiktirafan kemerdekaan ini, tanah jajahan ini yang meliputi
kawasan Tebing Barat (West Bank) dan Semenanjung Gaza (Gaza Strip) secara rasmi
merupakan tanah yang dijajah oleh Israel. Secara teknikal, Tebing Barat dan
Semenanjung Gaza tertakluk kepada undang-undang adat antarabangsa melalui
Konvensyen Geneva 1949. Melalui artikel 49 Konvensyen Geneva Keempat (KG4)
berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang, menjelaskan kuasa
penjajah tidak boleh menghantar atau memindahkan populasi awamnya ke dalam
wilayah yang dijajah. Hal ini jelas berlaku di Palestine dalam bentuk pembangunan
penempatan Israel di wilayah yang dijajah terutama di Tebing Barat.
Israel menafikan penempatan ini
telah melanggar KG4. Menurut mereka, pendatang (settler) Yahudi bukan berasal
dari Israel dan tidak dipindahkan ke Tebing Barat. Selain itu, Israel
mempersoalkan kewajaran KG4 diguna pakai dalam isu Palestine kerana Tebing Barat
dan Gaza bukanlah wilayah yang dijajah tetapi wilayah yang dipertikaikan. Oleh
kerana wilayah ini dikawal Israel hasil Perang Enam Hari yang pada ketika itu
tidak diletakkan dibawah mana-mana kerajaan yang sah, maka wilayah ini tidak
dijajah tetapi dipindahkan kawal selia kepada Israel. Tambahan pula, penempatan
ini didirikan oleh orang Yahudi dengan rela hati dan bukannya atas dasar
politik atau paksaan kerajaan Israel. Pada masa yang sama, kerajaan Israel
tidak terlibat dalam usaha menghalau penduduk asal di kawasan penempatan itu.
No comments:
Post a Comment