Friday 18 March 2016

Clan Weight (Pemberat Clan)

Apa itu Clan Weight?
Clan weight (cw) merujuk kepada pemberat yang dipadankan dengan clan supaya ketika menentukan lawan dalam clan war, suatu clan akan dipadankan dengan clan yang mempunyai pemberat yang sama atau hampir sama. Dalam pengertian lain, setiap clan akan diberikan satu nilai kekuatan di mana kekuatan ini akan menentukan lawan clan tersebut dalam clan war. Pemberat, weight atau kekuatan ini ditentukan oleh building, troop atau objek yang dipunyai clan tersebut. Jika kekuatan building, troop atau objek tersebut adalah 10,000, clan tersebut akan dipadankan dengan clan yang mempunyai kekuatan yang setara iaitu 10,000.

Rajah 1. Penentuan lawan dalam clan war adalah berdasarkan clan weight

Perihal terperinci tentang cw tidak didedahkan oleh Supercell. Namun begitu, wujudnya kumpulan clasher (pemain COC) yang membuat kajian dan melaporkan hasil dapatan mereka. Antaranya Moskri Clashheads yang telah berkongsi maklumat ini. 

Cw merupakan jumlah keseluruhan kekuatan yang ada pada kesemua anggota yang menyertai war. Ini bermakna, setiap village mempunyai weight tersendiri yang akan dicampurkan dengan weight village-village yang lain. Jumlah keseluruhan kekuatan village inilah yang dikenali sebagai cw seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Bagaimanakah mengira Clan Weight?
Setiap building (pertahanan), troop dan objek mempunyai nilai-nilai kekuatan atau pemberat yang spesifik. Tidak diketahui bagaimanakah Supercell menentukan pemberat bagi setiap building, troop ataupun objek. Namun, menurut kajian-kajian sedia ada, ianya tidak ditentukan oleh dps (damage dalam satu saat) ataupun tahap building, troop atau objek ini dapat diunlock. Ini bermaksud, Hidden Tesla tidak semestinya mempunyai pemberat yang lebih tinggi berbanding Archer Tower ataupun Canon meskipun Hidden Tesla hanya boleh dibina pada tahap TH7. Malah, Hidden Tesla merupakan antara building yang mempunyai pemberat yang rendah jika hendak dibandingkan kekuatan atau damagenya.

Building yang mempunyai level lebih tinggi akan mempunyai pemberat yang lebih tinggi. Begitu juga troop dan objek-objek lain. Oleh itu, Archer Tower level 1 mempunyai nilai lebih rendah berbanding Archer Tower level 2. Disebabkan setiap village mempunyai jumlah building dan objek yang banyak jika dibandingkan dengan troop, maka pemberat lebih banyak ditentukan oleh building atau objek ini. Dengan erti kata lain, pemberat merupakan pertahanan suatu village.

Pengkaji dapat menentukan pemberat ini berdasarkan pemerhatian atau pengiraan jumlah Gold di dalam Gold Storage dan TH dalam setiap village dalam war (cuma dalam Battle Day). Jika diperhatikan, wujudnya jumlah Gold tertentu di dalam Gold Storage village war. Gold ini didakwa merujuk kepada pemberat. Jika village itu mempunyai Gold sebanyak 10,000, maka pemberat villagenya adalah 10,000. Seterusnya pengkaji melihat apakah building, troop atau objek yang dipunyai village ini. Berdasarkan jumlah Gold dan building, troop dan objek yang dipunyai, pengkaji dapat mengira atau menentukan pemberat bagi setiap building, troop atau objek.

I. Gold di dalam Gold Storage Kamaa (MAiC)

II. Gold di dalam Gold Storage Witch Doctor
Rajah 2. Village weight dikira atau dikenalpasti berdasarkan jumlah Gold di dalam Gold Storage dan TH.

Berdasarkan Rajah 2, Kamaa (MAiC 5) mempunyai pemberat berjumlah 99,000 iaitu jumlah Gold di dalam 4 Gold Storage dan TH di mana setiap satu mempunyai 19,800 gold. Witch Doctor pula mempunyai pemberat berjumlah 94,000. Oleh sebab itu, Kamaa (MAiC 5) berada pada ranking lebih tinggi berbanding Witch Doctor. Jika dilihat pada level building dan objek yang dipunyai Witch Doctor adalah lebih tinggi berbanding Kamaa (MAic 5). Namun, perbezaan pemberat mereka dipisahkan oleh level Heroes yang lebih tinggi yang dipunyai Kamaa (MAiC 5). Kelebihan pemberat pada Heroes Kamaa (MAiC 5) mengatasi kelebihan pemberat pada building Witch Doctor. Secara keseluruhannya pula, cw bagi CS merupakan hasil tambah jumlah pemberat bagi kesemua anggota yang menyertai war.

Aplikasi Clan Weight
Berdasarkan pemahaman ini, clan boleh merangka strategi bagi menentukan lawan mereka dalam war. Setiap clasher juga boleh merangka strategi boleh membolehkan mereka mendapat advantage dalam war seterusnya meningkatkan peluang clan mereka untuk menang. Oleh sebab itu, wujudnya TH Rush di mana clasher memanipulasi pemberat ini supaya mempunyai pemberat yang rendah namun pada masa yang sama mempunyai kekuatan troop yang hebat bagi menewaskan musuh disebabkan cw banyak ditentukan oleh pertahanan berbanding kuasa menyerang.

Dapat dilihat dengan jelas Mar Andoc menggunakan pemahaman ini semaksima mungkin. Jika diperhatikan, Mar Andoc hanya mempunyai 1 Canon level 1 tetapi mempunyai 4 Air Defense level 6. Mar Andoc juga membina Hidden Tesla dan Air Sweeper. Hal ini kerana pemberat bagi Air Defense, Hidden Tesla dan Air Sweeper adalah rendah atau lebih menguntungkan jika dilihat pada jumlah damage pertahanan ini seperti mana dapat dilihat dalam Rajah 3. Walau bagaimanapun, building-building dan objek-objek ini masih mempunyai pemberat yang menyumbang kepada pemberat Mar Andoc. Selain itu, Mar Andoc turut mempunyai level troop tertentu yang tinggi seperti Dragon. Oleh sebab itu, rank Mar Andoc tidak mungkin lebih rendah daripada TH4 (pemerhatian setakat ini).

Rajah 3. Pemberat bagi building pertahanan

Isu Inferno Ikanduri
Apabila membina atau mengupgrade suatu building, troop atau objek, penting bagi setiap clasher untuk memahami kesannya terhadap pemberat village. Setiap building baru atau naik taraf yang diadakan akan meningkatkan pemberat. Hal ini akan menyebabkan cw meningkat, Kesannya, bukan sahaja clan anda akan dipadankan dengan clan sepadan (lebih hebat berbanding jika bangunan baru atau upgrade tidak dijalankan), anda juga akan dipadankan dengan opponent yang mempunyai pemberat yang sepadan. Jika sebelum ni anda dipadankan dengan mid TH8, penambahan building dan upgrade akan menyebabkan anda dipadankan dengan level TH yang lebih tinggi seperti max TH8 atau low TH9. Jadi, adakah berbaloi untuk membina building pertahanan yang mempunyai pemberat yang tinggi seperti Inferno Tower dan Eagle Artillery?

Jika focus permainan adalah bukan untuk war, maka jawapan bagi soalan di atas adalah ya. Adalah berbaloi untuk membina Inferno Tower dan Eagle Artillery bagi meningkatkan keupayaan pertahanan village. Dalam kes TH10, penambahan Inferno Tower menyebabkan kesan yang signifikan kerana anda kini akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk terselamat daripada diserang ataupun terselamat daripada serangan. Berdasarkan pemerhatian, penambahan hanya 1 Inferno Tower akan menyebabkan kebanyakan TH9, TH10 dan TH11 tidak menyerang village tersebut. Hanya clasher yang fokus pada Trophies Push akan tetap menyerang village anda. Hal ini kerana, serangan terhadap village yang mempunyai Inferno Tower memerlukan firearm yang tinggi disamping jumlah spells yang banyak. Clasher Farming tidak akan mengambil risiko menyerang village yang mempunyai Inferno Tower selagi jumlah keuntungan yang boleh dikutip adalah sangat berbaloi. Dengan erti kata lain, pemberat bukanlah isu yang perlu difikirkan oleh Normal clasher yang tidak memfokuskan pada war.

Jika war masih menjadi fokus atau clasher menginginkan peluang kemenangan yang lebih tinggi dalam war, maka hal tentang pemberat perlu difikirkan dengan teliti. Penambahan Inferno Tower dan Eagle Artillery menyebabkan pemberat village meningkat dengan mendadak. Bayangkan pemberat bagi 1 Inferno Tower level 1 adalah lebih tinggi berbanding 2 X-Box level 4. Pemberat bagi 9 Hidden Tesla level 8 adalah lebih rendah berbanding 1 Inferno Tower level 3. Dalam hampir setiap kes, penambahan Inferno Tower menyebabkan ranking clasher meningkat dengan mendadak. Sebagai contoh, ranking SOFEYA adalah 9 sebelum Inferno Tower dibina iaitu di bawah Kamaa (MAiC 5), Witch Doctor, Ikanduri, KONTOL 3 PELER, kyra, Effendy, rihanna dan mr_patola. Selepas hanya 1 Inferno Tower dibina, ranking SOFEYA adalah 5. SOFEYA langsung tidak membina atau mengupgrade building-building pertahanan yang lain menunjukkan betapa Inferno Tower mempunyai pemberat yang tinggi. Kesannya, SOFEYA dipadankan dengan village yang lebih kuat. Walau bagaimanapun disebabkan CS mempunyai ramai TH Rush dan banyak pula clasher berlevel rendah, top clanmates masih dipadankan dengan lawan yang boleh dikalahkan.

Pada masa yang sama, penambahan Inferno Tower oleh SOFEYA menyebabkan CS mempunyai 3 pemain yang mempunyai Inferno Tower. Hal ini menyukarkan pihak lawan untuk menewaskan SOFEYA dan CS. Dalam kes-kes biasa, adalah sukar bagi TH9 untuk menewaskan village yang mempunyai Inferno Tower. Meskipun building pertahanan SOFEYA adalah sangat lemah, namun kehadiran Inferno Tower telah meningkatkan kekuatan pertahanan seterusnya meningkatkan peluang kemenangan kepada CS. Dapat diperhatikan penambahan Inferno Tower oleh TH10 tetap menguntungkan clan. Jadi ia bukanlah sesuatu yang negatif meskipun pemain tersebut memberi fokus pada war. Peluang pemain tersebut untuk memenangi attack sepadan mungkin semakin rendah namun peluang untuk clan menjadi tinggi. Dalam kes CS, penambahan Inferno Tower oleh SOFEYA dan Ikanduri dijangka mendatangkan kesan yang positif secara keseluruhannya. Hal ini kerana kesan penambahan cw tadi boleh ditangkis dengan kehadiran TH Rush dan strategi war yang meletakkan ramai pemain-pemain baharu. Sebagai saranan, Ikanduri tidak sepatutnya attack lawan yang tidak mampu dikalahkan tidak kira setinggi manapun ranking Ikanduri dalam war. Ranking ditentukan oleh pertahanan manakala kuasa serangan ditentukan troop level, analisis, strategy dan skills pemain.

Kuasa menyerang Kamaa (MAiC 5), Witch Doctor dan SOFEYA adalah jauh lebih baik daripada pemberat atau beban yang dihasilkan mereka. Oleh itu, adalah berbaloi mereka mempunyai building pertahanan yang baik kerana ini meningkatkan peluang clan untuk menang. Ideally, peningkatan pemberat mestilah sejajar dengan peningkatan kemampuan clasher untuk menyerang.

Dalam jawapan ringkas, TH Rush tidak sepatutnya membina building pertahanan yang mempunyai pemberat yang tinggi seperti Inferno Tower ataupun Eagle Artillery. Ini kerana TH Rush memfokuskan pada war. Mar Andoc, Azuadi dan EMPEROR masih lagi belum membina Inferno Tower ataupun membina building-building pertahanan yang lebih kecil pemberatnya. Apabila TH Rush sampai ke tahap yang kukuh dari segi kekuatan serangan, ia boleh membina Inferno Tower yang akan menguntungkan clan. Tiada sempadan spesifik bila mana Inferno Tower ini akan menguntungkan clan namun apa yang pasti Inferno Tower akan meningkatkan pemberat village dan pemberat clan. Jadi, penentuan sama ada ingin membina atau mengupgrade building pertahanan bergantung sepenuhnya kepada clasher terbabit kerana war bukanlah segala-galanya. Sebagai alternatif, anda boleh mengecualikan diri daripada war atau menyertai clan yang tidak memfokus pada war sehinggalah kuasa menyerang anda berada pada tahap yang tinggi sepadan dengan pemberat atau beban anda pada clan. Setakat kemampuan CS, setiap anggota akan cuba untuk menanggung beban ini bersama-sama. Inilah kelebihan CS kerana kita menerima perbezaan pemahaman dan tujuan bermain COC.

No comments:

Post a Comment