WWE itu apa?
WWE merupakan singkatan bagi World Wrestling Entertainment.
Nama ini digunakan sejak 2002 apabila World Wrestling Federation Entertainment
mengumumkan perubahan nama syarikat dan nama promosi gusti1
(westling promotion). WWE terpaksa menukar namanya disebabkan akronim “WWF”
telah diguna pakai dan dipatenkan oleh World Wide Fund, sebuah organisasi yang
memelihara hidupan liar. Jangan terkejut mendengar akronim juga boleh dipaten
dan segeralah patenkan apa-apa akronim yang anda tidak mahu digunakan oleh
orang lain.
Sejarah
Nama WWF mungkin telah sebati dalam hidup aku bagi merujuk
kepada gusti memandangkan aku mengenali WWF/WWE semasa era Attitude2.
Era ini menyaksikan WWF telah menjadi kuasa hegemoni3 dalam dunia
gusti. Antara nama-nama besar yang terlibat dalam meningkatkan prestij WWF
adalah Stone Cold Steve Austin, The Rock, The Undertaker, Triple H dan Chyna.
Walau bagaimanapun, perubahan nama kepada WWE tidaklah memberi kesan yang besar
terhadap produk keluaran mereka. Gusti yang dipromosi WWE tetap selari dengan
gusti yang dipromosi WWF.
Selain nama, pengkaji WWE mesti juga perlu ketahui sedikit
sejarah mengenainya. Sejarahnya boleh disurih sejak 1952 apabila Roderick James
“Jess” McMahon dan Toots Mondt menubuhkan Capitol Wrestling Corporation Ltd.
(CWC). Pada tahun 1953, CWC menyertai promosi gusti National Wrestling Alliance
(NWA).
Jess McMahon meninggal dunia pada November 1954 dan digantikan oleh anaknya bernama Vincent James. Sekitar 1963 pula, Vincent James dan Mondt meninggalkan NWA dan menubuhkan World Wide Wrestling Federation (WWWF). Sehubungan dengan itu, tali pinggang kejuaraan bernama WWWF World Heavyweight Championship diperkenalkan dan diberikan kepada “Nature Boy” Buddy Rogers. Mondt kemudiannya meninggalkan CWC pada lewat 1960-an dan Vincent James (Vince McMahon, Sr.) menamakan semula WWWF kepada WWF pada tahun 1979. Pada tahun yang sama, anak Vince McMahon, Sr. iaitu Vincent Kennedy McMahon (Vince) dan isterinya Linda telah menubuhkan Titan Sports, Inc. di Massachusetts. Titan Sport kemudiannya membeli CWC daripada ayah Vince pada tahun 1982. Pada tahun 1985, Titan memindahkan ibu pejabatnya ke Stamford, Connecticut. Seterusnya, Titan dan WWF berkembang menjadi WWE seperti mana sekarang.
Jess McMahon meninggal dunia pada November 1954 dan digantikan oleh anaknya bernama Vincent James. Sekitar 1963 pula, Vincent James dan Mondt meninggalkan NWA dan menubuhkan World Wide Wrestling Federation (WWWF). Sehubungan dengan itu, tali pinggang kejuaraan bernama WWWF World Heavyweight Championship diperkenalkan dan diberikan kepada “Nature Boy” Buddy Rogers. Mondt kemudiannya meninggalkan CWC pada lewat 1960-an dan Vincent James (Vince McMahon, Sr.) menamakan semula WWWF kepada WWF pada tahun 1979. Pada tahun yang sama, anak Vince McMahon, Sr. iaitu Vincent Kennedy McMahon (Vince) dan isterinya Linda telah menubuhkan Titan Sports, Inc. di Massachusetts. Titan Sport kemudiannya membeli CWC daripada ayah Vince pada tahun 1982. Pada tahun 1985, Titan memindahkan ibu pejabatnya ke Stamford, Connecticut. Seterusnya, Titan dan WWF berkembang menjadi WWE seperti mana sekarang.
Rajah 1. Salasilah keluarga McMahon (Sumber: Wikipedia 2016)
Rajah 2. Vince McMahon, generasi ketiga keluarga McMahon yang menjadi CEO WWE sekarang (Sumber: Twitter @VinceMcMahon)
Lakonan atau Realiti?
Bagi menjawap soalan utama sama ada WWE merupakan satu
lakonan atau realiti, ianya memerlukan penjelasan mengenai apakah yang
dimaksudkan dengan lakonan dan realiti. Jika filem Star Wars merupakan satu
lakonan, adakah filem animasi seperti Boboi Boy juga merupakan satu lakonan? Jika
penonton menangis menyaksikan filem Hindustan, mengapa penonton WWE tidak boleh
merasai emosi dan realiti lakonan para "Superstars4?” Adalah tidak adil bagi penonton filem
Hindustan mengkritik WWE sebagai tidak realiti dan satu lakonan sedangkan
mereka turut menghayati lakonan pelakon Bollywood. Bagaimana rancangan realiti
TV dikatakan sebagai “real” sedangkan WWE tidak? Bagaimanakah anda boleh
katakan pemenang Akademi Fantasia adalah pemenang yang sebenar sedangkan
pemenang kejuaraan WWE adalah satu lakonan? Siapakah yang dapat membuktikan
Akademi Fantasia itu merupakan satu pertandingan sebenar yang diadili
hakim-hakim dan berdasarkan jumlah undian SMS yang diterima mereka. Bolehkah
kita mempercayai bahawa Vince telah mendapat undian SMS terbanyak seterusnya
diangkat menjadi juara musim pertama?
Persoalan mengenai
kebenaran ini masih belum boleh dijawap oleh kita semua. Akhirnya, wujudnya
sempadan atau had tertentu yang menyukarkan kita untuk membezakan antara
lakonan dan realiti. Bagi peminat WWE atau individu yang mendalami perniagaan
ini, ianya bukan suatu persoalan yang sukar. WWE merupakan satu lakonan dan
realiti bergantung kepada sejauh mana soalan itu ditanya atau ingin dijawap. Jika
soalan itu bersifat umum, penulis boleh memberi jawapan sama ada lakonan atau
realiti bergantung kepada ke arah mana perbincangkan itu menjurus. Sebagai
contoh, jika penyoal cuba untuk memperkecil kebenaran WWE, boleh saja penulis mengatakan WWE itu lebih “real” berbanding Akademi Fantasia atau filem-filem
yang ada ataupun rancangan-rancangan dokumentari lain. Jika soalan itu lebih
bersifat membina atau kritikal, perbincangan boleh diteruskan seperti di bawah.
Secara umum, WWE
merupakan satu sukan iaitu gusti. Walau bagaimanapun, elemen hiburan menjadi fokus
utama berbanding menguji kekuatan atau kebolehan bergusti. Gusti yang ditonjolkan WWE dikatakan sangat berbeza dengan gusti di Sukan
Olimpik. Oleh sebab itu, istilah gusti professional adalah lebih tepat bagi
menggambarkannya. Menurut sejarah, gusti professional bermula di Perancis
sekitar 1830 (United World Wrestling t.t.). Ketika itu, ahli gusti yang gagal
memasuki kelompok elit telah membentuk kumpulan yang mengembara ke seluruh
Perancis bagi menunjukkan bakat mereka. Pada tahun 1848, seorang ahli
pertunjukan Perancis bernama Jean Exbroyat telah menubuhkan kumpulan
pengembaraan sarkas yang terdiri daripada ahli gusti ini. Usaha Exbroyat
kemudiannya diteruskan oleh Rossignol-Rollin yang mempromosi bentuk baharu
gusti ini. Selain mempromosi, dia turut mengurus perlawanan dan memberi imbuhan
kepada ahli gusti bagi pihak penonton. Hal ini jelas menunjukkan gusti
professional memberi fokus kepada aspek hiburan berbanding sukan. Begitu juga
halnya sejarah gusti professional di Amerika Syarikat yang dikatakan bermula lewat
1800-an iaitu sejurus selepas Perang Saudara (Hester 2010). Pada ketika itu,
ahli gusti telah menjadikan sukan gusti sebagai hiburan yang boleh dijumpai di
karnival-karnival. Kebanyakan ahli gusti ini terdiri daripada pelajar kolej
yang ingin mendapatkan duit poket.
Dalam buku yang ditulis Roland Barthes, gusti dianggap sebagai pertunjukan (spectacle) dan bukannya sukan. Hal ini kerana, ahli gusti beradu tenaga bagi menghiburkan penonton. Sebagai perbandingan, ahli tinju beradu tenaga bagi membuktikan kehebatannya berbanding lawan. Berbanding dengan pandangan popular, keputusan perlawanan gusti tidak dapat diramalkan manakala keputusan tinju boleh diramalkan kerana penonton menjadi elemen penting kepada gusti dalam menentukan keputusan tersebut. Gusti yang diterangkan Barthes ini mungkin merujuk kepada gusti professional kerana gusti amatur iaitu gusti yang dipertandingkan di Olimpik jelas merupakan pertarungan menonjolkan ketangkasan, kekuatan dan teknik ahli gusti yang bertanding. Apa yang penting di sini adalah WWE mempromosi gusti professional dan bukannnya gusti amatur iaitu memfokuskan kepada aspek hiburan dalam usaha menarik perhatian penonton. Penonton yang datang melihat gusti professional mahukan hiburan dan bukannya mahu melihat dua orang ahli gusti beradu tenaga semata-mata. Oleh sebab itu, adalah silap tanggapan pihak yang mengecam peminat WWE seolah-olah mengatakan mereka bodoh kerana tidak mengetahui WWE adalah lakonan semata-mata. Hakikatnya, merekalah pihak yang naïf, sombong dan bodoh kerana tidak menyiasat terlebih dahulu.
Jadi, penonton dan peminat WWE sengaja menonton lakonan? Ianya tidak semudah itu. Lakonan di dalam “sukan” merupakan suatu yang sangat sukar untuk dilaksanakan dengan baik. Kenapa? Pertama, lakonan di dalam filem boleh dilakukan berulang-ulang kali sehingga mencapai mutu yang diharapkan. Bagi aksi yang dipentaskan secara langsung, ianya memerlukan kemahiran dan teknik yang sempurna. Berbanding lakonan drama yang dipentaskan, gusti professional melibatkan aksi pantas dan berisiko tinggi. Oleh itu, aspek kekuatan fizikal juga menjadi perkara utama dalam menghasilkan aksi yang memikat penonton. Dengan erti kata lain, gusti professional memerlukan keperluan fizikal seperti mana gusti amatur. Jadi tidak hairanlah, ada ahli gusti professional yang berpindah randah dari sukan yang memerlukan kudrat fizikal tinggi ke sukan yang lain. Hal ini kerana mereka sememangnya atlit sukan. Tanpa fizikal dan mental yang kuat disamping persediaan yang mencukupi, adalah mustahil ahli gusti professional dapat menunjukkan aksi di gelanggang dengan baik. Meskipun aksi dan teknik yang dilakukan mereka kelihatan mudah dan bersahaja, aksi yang sama tidak mungkin dapat dilakukan orang biasa. Meskipun aksi dan teknik tersebut kelihat tidak mendatangkan kecerderaan, aksi dan teknik sama boleh mendatangkan kecerderaan parah kepada orang biasa.
Apabila melibatkan
aksi berimpak tinggi dengan keperluan fizikal yang maksima, risiko kecerderaan
dan kegagalan untuk melakukan aksi dengan sempurna adalah tinggi. Oleh kerana
penonton mengharapkan persembahan yang hebat dan menjangkakan kecerderaan
tersebut, adalah sangat sukar bagi ahli gusti untuk menghentikan persembahan
mereka disebabkan risiko-risiko ini. Mereka biasanya akan meneruskan perlawanan
meskipun mengalami kecerderaan. Oleh sebab itu, perlawanan tersebut sebenarnya
berlangsung dengan kecerderaan yang sedang dialami seperti mana sukan-sukan
lain.
Ketiga, lakonan di
dalam sukan adalah “semula jadi” yang bermaksud aksi-aksi yang dilakukan
berlaku adalah secara langsung dan tidak mungkin dapat dilakukan berulang-ulang
kali dengan ketepatan yang sama. Adakah anda fikir ahli gusti membuat latihan
perlawanan berulang-ulang kali sebelum perlawanan sebenar? Ya, sudah pasti
mereka membuat persediaan. Namun persediaan ini tidaklah terperinci kerana
risiko-risiko tadi. Selain itu, adalah menjadi satu keperluan kepada mereka
untuk menghiburkan penonton. Jadi, kedua-dua pihak akan berbincang sesama
mereka dan menampilkan aksi yang menghiburkan penonton. Selalunya mereka
membuat penilaian dan keputusan pada ketika perlawanan berlangsung. Ia
merupakan satu kerjasama yang teliti antara ahli gusti dan produksi.
Hal ini tidak
semestinya bermaksud mereka membuat keputusan siapakah yang akan memenangi
pertarungan tersebut. Namun, Superstars WWE ini sememangnya sangat professional
dan mengetahui kehendak penonton. Pada masa yang sama, keputusan atau plot
cerita yang ditugaskan kepada mereka mestilah dijalankan sebaik mungkin. Ya,
adalah tidak menjadi satu rahsia keputusan perlawanan ditetapkan dan
drama-drama yang ditonjolkan WWE merupakan satu skrip yang ditulis penerbit
atau pengarah. Vince McMahon dan unit operasinya akan membuat keputusan ini.
Namun, ianya masih memerlukan persembahan yang baik dari Superstars yang perlu
menyampaikan keputusan dan drama ini kepada penonton seterusnya membentuk
“realiti” yang diterima penonton. Jika penonton tidak menerima realiti ini,
adalah mustahil WWE dapat bertahan sehingga ke hari ini. Jadi, lakonan WWE
adalah setaraf lakonan di layar-layar perak. Ianya satu realiti rekaan. Jadi,
penonton WWE boleh juga merasai pelbagai jenis perasaan sesuai dengan fitrah
manusia apabila berdepan dengan realiti.
Jadi, WWE adalah
satu lakonan dan tidak real? Tak juga. Dalam gusti professional umunya
dan WWE khususnya, terdapat terma kayfabe yang bermaksud lakonan atau
pementasan yang berlaku di pentas atau arena gusti diteruskan dalam dunia
sebenar. Sebagai contoh, dua orang ahli gusti yang berlakon sebagai seteru juga
meneruskan lakonan mereka dalam dunia sebenar. Mereka adalah seteru dalam
kehidupan normal. Begitulah bagaimana lakonan gusti professional menjangkaui
lakonan di layar-layar perak. Selain itu, wujud juga keadaan di mana lakonan
dan realiti berlaku secara serentak. Sebagai contoh, Triple H dan Stephanie
McMahon adalah suami isteri dalam skrip WWE dan juga dalam kehidupan sebenar.
Dalam kes “Montreal Screwjob” pula, kekalahan Bret Hard adalah bukan dalam
skrip “sepatutnya.” Peristiwa ini telah menyebabkan persengketaan mereka untuk
sekian lama. Peristiswa ini juga telah didokumenkan dalam pelbagai ruang
sebagai peristiwa yang benar-benar berlaku dan bukannya lakonan. Dalam kes CM
Punk pula, sememangnya dia telah mendedahkan kepada umum wujudnya perasaaan
tidak puas hati antara dia dan WWE. Mengejutkan atau tidak, Punk diberikan
peluang untuk bercakap mengenai isu ini dalam WWE seperti mana adegan-adegan
atau promo-promo lain. Apa yang dipromokan Punk adalah perkara yang benar.
Setakat ini,
mungkin masih timbul keraguan kepada pembaca tentang bagaimana penulis boleh
mengatakan peristiswa seperti Montreal Screwjob dan CM Punk sebagai benar. Hal
yang sama boleh ditimbulkan dalam isu program realiti TV, pilihan raya dan hampir
kesemua peristiwa yang berlaku di muka bumi. Adakah sejarah yang kita ketahui itu benar-benar sejarah? Bagaimana kita boleh meyakini apa
yang berlaku adalah benar bergantung kepada kita sendiri untuk mempercayai atau
tidak. Kebolehpercayaan ini bergantung pula pada pengalaman, pemikiran, sejarah
dan instrumen saintifik lain. Setakat yang mampu, penulis beranggapan WWE
sememangnya satu lakonan. Ia merupakan satu lakonan yang sangat hebat mengjangkau
pemahaman umum kita tentang lakonan. Ia merupakan satu lakonan yang membentuk
realiti.
Nota Kaki
1. Sesuatu yang mempromosi acara gusti. Selain WWE, National
Wrestling Alliance (NWA), All Japan Pro Wrestling dan Ring of Honor merupakan
contoh promosi gusti yang popular.
2. Menurut sumber rasmi WWE, era Attitude bermula pada 9
November 1997 dan berakhir 13 Mei 2002.
3. Istilah asal merujuk kepada pengaruh atau dominasi
sesebuah negara atas negara-negara lain.4. Ahli gusti WWE sinonim dipanggil Superstars.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete